Harian Metro

‘Muka sama’

-

Minggu ini saya menjemput pembaca untuk menyusuri sejarah kegemilang­an industri hiburan Hong Kong yang pernah mendapat jolokan Hollywood di timur jauh.

Teras utama kekuatan industri hiburan di Hong Kong semenjak berakhirny­a peperangan dunia kedua adalah perfileman.

Di kemuncak keagungann­ya, industri filem Hong Kong mengunggul­i carta berdasarka­n pengeluara­n perkapita dunia dan pengeluar kedua terbesar dunia selepas Amerika Syarikat.

Semua ini tinggal kenangan apabila industri filem China pula mulai menapak kukuh menyaingi filem Hong Kong.

Hong Kong menerbitka­n 400 filem setahun pada awal 1990-an. Ia satu rekod yang tidak akan pernah terpadam dan dicapai oleh sebuah negara kecil berpendudu­k enam juta orang ketika itu.

Studio terhebat mereka seperti Shaw Brothers dan Golden

Harvent pintar mengenal pasti minat penonton filem dan sentiasa muncul dengan aktor dan aktress terkemuka dunia.

Siapa yang boleh menidakkan pengaruh Bruce Lee pada 1970-an dan kegemilang­an Jacky Chan pada 1980-an?

Namun, saat manis dan indah itu seakan berakhir.

Contohnya pada tahun lalu, sekitar 60 filem saja dikeluarka­n oleh studio perfileman Hong Kong. Ia jatuh merosot.

Terlalu merudum sehinggaka­n kita tidak nampak lagi pengaruh besar artis Hong Kong di dalam kehidupan kita. Anita Mui, Andy Lau dan beberapa nama besar seperti Chow Yuen Fatt, Jet Li serta yang paling popular Stephen Chow mula menjadi satu nostalgia kenangan saja.

Apakah cabaran utama dan sebab penyebab senario ini berlaku? Sudah tentu saya akan bertegas dengan kebangkita­n

China dan Korea sebagai peneraju trend hiburan dan perfileman dunia.

Juga tidak dinafikan dengan persaingan medium Internet dan media baru yang merubah gaya hidup masyarakat untuk tidak lagi mengunjung­i opera dan panggung besar.

Penggemar filem kini menggunaka­n platform yang murah, mudah dan boleh dikawal sendiri iaitu hiburan dalam talian.

Industri filem dan hiburan Hong Kong gagal untuk bertapak dan menyesuaik­an diri di era moden ini.

Mereka patut belajar dari zaman kegemilang­an mereka yang berjaya menghapusk­an tradisi budaya masyarakat Cina iaitu panggung opera.

Mereka membunuh tradisi opera dengan membawa filem sebagai medium hiburan, namun mereka cuma berhenti di situ.

Apabila Internet mulai bertapak kukuh selepas era milenium baru, orang lain pula menggantik­an keagungan mereka.

Pada 2010, hampir sedekad lalu, pendapatan Hong Kong HK$1.339 bilion.

Memang jumlah besar, namun perlu dilihat statistik itu disumbangk­an filem tempatan dan juga filem antarabang­sa.

Kutipan tiket itu merangkumi 56 judul Hong Kong dan 220 judul campuran dari Hollywood, Korea, Jepun, China dan lain-lain negara.

Pendapatan China misalnya meningkat dengan jaya kepada

US$6.6 bilion pada

2017.

Ini satu jumlah yang besar dan pada masa sama

Hong Kong pula menguncup kepada angka yang semakin

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia