Harian Metro

Terajui hiburan Asia

-

malap.

Hairan, pernah dulu aktor Leslie Cheung digilai sepenuhnya oleh warga Seoul. Lapangan terbang Incheon terpaksa ditutup demi memberi laluan untuk penggila Leslie yang hilang akal dan hilang separuh nyawa menunggu kemunculan Leslie untuk konsert jelajah Korea.

Superstar Maggie Cheung juga disanjung dan dianggap sebagai dewi hiburan dan kegemilang­an untuk disembah dan namanya diukir di atas beg sekolah, meja tulis dan grafiti di stesen bas dan kereta api.

Jangan ceritalah mengenai Bruce Lee dan Jacky Chan.

Berapa ramai manusia dan peminat setia sampai mati Bruce Lee dan Jacky Chan yang patah riuk tulang kaki dan tangan meniru aksi mereka berdua.

Pada saya, kegemilang­an mereka tidak berakhir kerana semua filem Hong Kong yang berbahasa Kantonis mempunyai pengaruh cukup besar.

Saya cuma berpendapa­t zaman sudah berubah.

Industri filem Asia kini diterajui kebangkita­n filem China.

Hiburan Asia kini diterajui oleh bintang jelita dan comel dari Korea Selatan, walau sekali imbas saya tidak nampak perbezaan raut wajah di antara setiap aktor dan aktres Korea.

Muka semua sama saja.

Shaw Brothers dan Cathay Production­s, pernah menjadi raja industri hiburan.

Shaw Brothers bermula di Singapura di zaman kegemilang­an filem Melayu di studio Jalan Ampas.

Mereka kemudian mencipta nama di Hong Kong dan sama-sama menerajui dunia dengan sebuah lagi studio hebat iaitu Golden Harvest.

Pada 1980-an mereka memperkena­lkan dunia kepada satu era rancangan televisyen yang menayangka­n cerita cereka berepisod.

Ada antaranya terlalu popular sehingga dilanjut kepada 800 episod.

Maknanya, sejak seorang budak itu lahir hingga ia mencecah usia 18 tahun baru cerita itu habis.

Itupun saya rasa, penulis skripnya sudah kehabisan modal dan idea untuk berkarya atau mungkin meninggal dunia.

Filem Kantonis adalah sebahagian sejarah kita semua. Kita membesar dengannya. Budak hari ini mungkin tidak faham jenaka kita apabila dikejar hantu, kita harus menahan nafas supaya pontianak keliru.

Dan jika dikepung hantu, tampalkan kertas kuning ke dahi hantu – nescaya ia berhenti mengejar kita. Kasih sayang, romantis, jenaka dan suka duka kehidupan dipersemba­h dengan sempurna.

Paling penting, raja filem Hong Kong iaitu Shaw Brothers bermula dengan sumber, modal dan aspirasi yang dikutip dari pencetus kemewahan mereka iaitu Seniman Negara, Tan Sri P Ramlee. Noktah. Al-fatihah.

Penulis adalah pengurusan kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ?? BRUCE LEE
BRUCE LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia