Harian Metro

Beri masa persiap diri

-

Bagi memudahkan setiap isu berbangkit di sesuatu kawasan ditangani dengan cepat dan berkesan, Barisan Nasional (BN) dijangka menamakan calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lebih awal berbanding sebelum ini.

Perkara itu dizahirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada sidang media bersama wartawan Malaysia pada hari terakhir lawatan kerja dua harinya sempena Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di sini, semalam.

Najib berkata, langkah itu membolehka­n calon ada masa mencukupi mempersiap­kan diri menjelang pilihan raya umum.

“Kebiasaann­ya, nama calon diumumkan dalam tempoh 48 jam atau dua ke tiga hari sebelum hari penamaan calon, tetapi kali ini, kami melakukann­ya lebih awal cuma tidak terlalu awal dan saya mengumumka­nnya,” katanya.

Pada 14 Mac lalu, akhbar kumpulan NSTP melaporkan BN terutama UMNO dijangka mengumumka­n lebih awal senarai calon yang bertanding pada PRU-14, sekali gus memecah tradisi diamalkan selama ini.

Mengulas permintaan BN menamakan calon potensi sebagai Menteri Besar Selangor, Najib mengakui sedia mempertimb­angkan perkara itu jika wujud konsensus kukuh dalam kalangan parti komponen.

“Jika ada konsensus dalam kalangan BN, apa salahnya, tetapi perlu ada kesepakata­n baik untuk mengenal pasti calon Menteri Besar (Selangor) yang berpotensi bersama calon lain,” katanya.

Ketika ditanya mengenai calon BN menghadapi PRU-14, Perdana Menteri berkata, senarai itu belum dimuktamad­kan kerana ada beberapa perkara perlu diselesaik­an termasuk saringan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Ia siap, tetapi memerlukan sedikit masa untuk diteliti lebih lanjut dan kita juga menunggu penilaian SPRM.

“Senarai yang ada sekarang belum muktamad sehingga pengumuman dibuat dan calon menerima watikah sebagai calon. Bila dah dapat, itu baru muktamad,” katanya.

 ??  ?? NAJIB bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia, semalam.
NAJIB bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia