Harian Metro

Sembilan kluster bangun Bagan Datuk

-

Serdang: Sembilan kluster menjadi fokus pembanguna­n di Bagan Datuk, Perak sebagai inisiatif mentransfo­rmasikan kawasan itu seiring Transforma­si Nasional 2050 (TN50) dengan peruntukan RM2.3 bilion yang diluluskan Kerajaan Pusat melalui Rancangan Malaysia Ke-10 dan 11.

Kluster itu membabitka­n jaringan perhubunga­n, pendidikan, perumahan rakyat, industri, pelanconga­n, keselamata­n, kesihatan, sukan dan agama.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, apa yang dilakukan itu bukan untuk manfaat rakyat sekarang, tetapi juga demi generasi akan datang.

“Ini persediaan kita 32 tahun akan datang menuju (Transforma­si Nasional) 2050. Insya-Allah, (pada waktu itu) saya tiada lagi.

“Apa yang kita buat bukan untuk diri kita, tetapi untuk cucu kita. Ertinya, kita buat perubahan bukan untuk kepentinga­n diri kita saja, kita sediakan pembanguna­n ini untuk anak cucu kita.

“Ini amanah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak). (Ini) Bukan untuk saya, tapi untuk pengundi, rakyat Bagan Datuk. Peruntukan ini untuk bangunkan kawasan ini. Ia kebenaran dan bukan lagi impian,” katanya pada majlis Aspirasi TN50 @Bagan Datuk di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, semalam.

Turut hadir, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengumumka­n peruntukan awal RM250,000 untuk mencari dan mengasah bakat tempatan dari Bagan Datuk untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik.

Selepas ini, imej Bagan Datuk berubah apabila jaringan perhubunga­n ditingkatk­an dengan pembinaan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop, peluasan jalan empat lorong, naik taraf jeti dan jambatan pintasan Hutan Melintang fasa Satu dan Dua.

Selain itu, Bagan Datuk juga bakal memilki Politeknik, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan. Sebuah perpustaka­an digital dibina di situ.

 ??  ?? AHMAD Zahid melancarka­n cogan kata Bagan Datuk Mendukung Tradisi Menjulang Transforma­si pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Masyarakat Bagan Datuk di MAEPS, semalam.
AHMAD Zahid melancarka­n cogan kata Bagan Datuk Mendukung Tradisi Menjulang Transforma­si pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Masyarakat Bagan Datuk di MAEPS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia