Harian Metro

‘Sudah cukuplah jadi budak’

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Raut wajah dan bentuk fizikal pelakon menentukan sama ada mereka sesuai membawakan watak yang ditawarkan dalam filem mahupun drama.

Malah kesesuaian itu juga ada ketikanya mereka tampil klise dengan karakter sama.

Namun, bagi pemenang Artis Baharu Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2017, Sweet Qismina sebolehlag­i bolehnya tidak mahu membawakan watak kanakkanak.

Kata Sweet, selepas sering diberikan peranan sama, dia mohon diberi peluang membawakan karakter yang bersesuaia­n dengan usianya yang menjangkau 21 tahun.

“Saya tak nafikan, mungkin kerana tubuh badan yang kecil dan wajah kebudak-budakan membuatkan ramai penerbit dan pengarah menawarkan watak kanak-kanak kepada saya.

“Bukan saya menolak bulat-bulat, sekiranya tawaran itu datang saya akan pertimbang­kan dulu. Bergantung juga kepada karakter dan jalan cerita naskhah terbabit.

“Saya bukan cerewet tetapi pilihan ini dibuat demi kelangsung­an karier dan tidak mahu dilabel pelakon kanakkanak lagi,” katanya.

Beralih mengenai momentum kerjaya, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi mengakui agak perlahan kebelakang­an ini.

Katanya, bukan kerana tiada tawaran berlakon, tetapi dia kini sibuk menumpukan tumpuan kepada pengajiann­ya di universiti yang memasuki tahun kedua.

Sweet kini mengikuti pengajian ijazah Sarjana

Muda Komunikasi Massa (Perhubunga­n Awam).

“Fokus saya sekarang adalah pada pelajaran. Ramai bertanya mengapa saya kian menyepi. Hakikatnya saya masih ada dalam industri, cuma perlu perlahanka­n rentak demi mengejar ilmu,” katanya yang giat mempromosi­kan filem televisyen (FTV), Suatukala.

Kata Sweet, sejak memenangi anugerah, tawaran berlakon semakin bertambah dan kebanyakan­nya untuk slot drama popupular. Namun, dia perlu melakukan pengorbana­n dengan menolak tawaran itu kerana terikat jadual kuliah.

“Perjalanan saya dalam bidang ini masih panjang. Tidak mengapa jika saya terlepas beberapa tawaran besar kerana paling penting saya habiskan dahulu pengajian.

“Lagipun, rezeki ada di mana-mana. Walaupun melepaskan tawaran depan mata, saya yakin ada rezeki lain menanti,” katanya yang kini terikat dengan penggambar­an drama 100 episod yang tidak menganggu jadual pengajiann­ya.

 ??  ?? Bukan saya menolak bulat-bulat, sekiranya tawaran itu datang saya akan pertimbang­kan dulu. Bergantung juga kepada karakter dan jalan cerita naskhah terbabit
Bukan saya menolak bulat-bulat, sekiranya tawaran itu datang saya akan pertimbang­kan dulu. Bergantung juga kepada karakter dan jalan cerita naskhah terbabit
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia