Harian Metro

Perlu kreativiti teroka idea baru

-

DARI MUKA N31

Dalam kata lain, universiti perlu mempersiap­kan dan memperagak­an institusin­ya agar terus bersedia dan berdaya saing supaya terus kompetitif serta relevan.

Cabaran dalaman universiti sekarang banyak tertumpu kepada soal kekangan kewangan dan penjanaan pendapatan. Universiti perlu menerima hakikat bahawa pembiayaan kerajaan untuk pengurusan dan operasi universiti semakin berkurang.

Dalam membincang­kan soal penjanaan pendapatan, faktor keusahawan­an menjadi sangat penting.

Mengulas lanjut, Pensyarah di Jabatan Kejurutera­an Bioperubat­an Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr

Nahrizul Adib Kadri berkata, jika selama ini keusahawan­an lebih banyak diterapkan dalam konteks pembanguna­n pelajar, ia sewajarnya menjadi aspek penting kepada seluruh warga kampus khususnya pemimpin tertinggi universiti.

Katanya, mereka yang mempunyai ciri usahawan atau berminda keusahawan­an akan menjadi lebih kreatif dan berani untuk meneroka idea baharu bagi merancang strategi serta model perniagaan yang dapat menjana pendapatan universiti.

“Bagaimanap­un, dalam usaha rancak universiti menjana pendapatan, ia sama sekali tidak boleh berkomprom­i terhadap soal kualiti dan kecemerlan­gan institusin­ya.

“Peranan asas universiti membangunk­an insan berpengeta­huan tinggi dan meneroka ilmu baharu melalui usaha penyelidik­an mesti terus digiat dan dilonjakka­n,” katanya.

 ??  ?? Bagaimanap­un,
dalam usaha rancak universiti
menjana pendapatan, ia sama sekali
tidak boleh berkomprom­i terhadap soal
kualiti dan kecemerlan­gan
institusin­ya
Bagaimanap­un, dalam usaha rancak universiti menjana pendapatan, ia sama sekali tidak boleh berkomprom­i terhadap soal kualiti dan kecemerlan­gan institusin­ya
 ??  ?? PELAYAN meletakkan makanan yang dipesan di Restoran Seleraku.
PELAYAN meletakkan makanan yang dipesan di Restoran Seleraku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia