Harian Metro

Latih ketahanan mental, fizikal

-

DARI MUKA N31

Pengarah Projek Kem Permata Hati 2018, Nur Amelia Mokhtar berkata, aktiviti pembanguna­n pelajar dan pembentuka­n sahsiah diri itu menerima sambutan luar biasa dan rata-rata peserta datang daripada keluarga kurang berkemampu­an, anak yatim dan asnaf.

Katanya, pelbagai aktiviti dilaksanak­an seperti latihan dalam kumpulan (LDK), Explorace dan slot emosi bagi membantu pelajar melatih ketahanan diri dari aspek mental dan fizikal supaya berani, tabah, tahan lasak dan berkeyakin­an tinggi bagi menghadapi masa depan yang mencabar.

“Bertepatan dengan tema yang dipilih iaitu Mind & Soul, Kem Permata Hati 2018 ini diharapkan merapatkan hubungan serta jurang di antara mahasiswa universiti dan komuniti.

“Ia bukan sahaja dapat meningkatk­an kemahiran berfikir sukarelawa­n malahan ia juga dapat meningkatk­an lagi kecekapan mereka di dalam menganalis­a dan menyelesai­kan sesuatu masalah yang berlaku.

“Semoga segala aktiviti yang digarap ini dapat membantu pelajar untuk menjadi antara yang cemerlang, gemilang dan terbilang sama ada dari aspek akademik mahupun kokurikulu­m,” katanya.

Program itu dirasmikan oleh Pengetua SMK BBS, Amnah Adam.

Kem Permata Hati 2018 salah satu projek tanggungja­wab sosial universiti (USR) yang membabitka­n 35 orang sukarelawa­n Universiti Kuala Lumpur MIIT.

Sebanyak RM5,000 dana berjaya diperoleh hasil sumbangan orang ramai, pihak sekolah dan pihak pengurusan UniKL MIIT untuk menjayakan program ini. - Fazurawati Che Lah

 ??  ?? SUKARELAWA­N
membantu peserta dalam
kumpulan.
SUKARELAWA­N membantu peserta dalam kumpulan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN aktiviti yang dijalankan.
SEBAHAGIAN aktiviti yang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia