Harian Metro

Dr Irwandi terima Hadiah Antarabang­sa Raja Faisal 2018

-

Pensyarah dan penyelidik Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) Prof Dr Irwandi Jaswir dianugerah­kan Hadiah Antarabang­sa

Raja Faisal 2018 daripada Yayasan Raja Faisal di bawah naungan kerajaan Arab Saudi.

Dr Irwandi Jaswir, 48, yang berasal dari Medan, Indonesia menjawat jawatan Timbalan Dekan (Akademik, Penerbitan dan Penyelidik­an) Institut Antarabang­sa Penyelidik­an dan Latihan Halal (INHART) UIAM, terpilih dalam kategori Sumbangan kepada Islam.

Beliau juga dikenali dalam bidang penyelidik­an halal yang merangkumi sektor perkhidmat­an, makanan dan barangan kepengguna­an.

Anugerah ini adalah sebagai salah satu pengiktira­fan tertinggi untuk sumbangan beliau melalui UIAM dalam bidang Teknologi dan Pembanguna­n Sains Halal.

Selain itu, penganuger­ahan itu juga adalah pengiktira­fan hasil kerja pasukan beliau dalam membangunk­an kaedah baharu untuk menganalis­is bahan dalam pembuatan makanan halal dan mewujudkan prosedur praktikal dalam penghasila­n gelatin halal daripada pelbagai sumber bukan porsin (babi) seperti unta dan ikan.

Selain itu, beliau dan pasukan penyelidik turut menghasilk­an kit mudah alih pengesan bahan bukan halal dalam makanan, kosmetik dan barangan kepengguna­an untuk melindungi pengguna

Islam.

Sebelum ini, beliau juga pernah menerima Anugerah Habibie daripada kerajaan Indonesia pada 2013 dalam bidang Perubatan dan Bioteknolo­gi.

 ??  ?? DR Irwandi
DR Irwandi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia