Harian Metro

Semarak bahasa Melayu di sekolah Thailand

-

sekali gus meningkatk­an keupayaan kemahiran berkomunik­asi dalam bahasa Melayu.

Di samping itu katanya, mereka juga didedahkan kepada kaedah pengajaran yang pelbagai dalam bahasa Melayu untuk diguna pakai sekembali dari program itu.

"Program Semarak Bahasa Melayu ini memfokuska­n kepada kelestaria­n bidang pendidikan dan kebudayaan demi manfaat umat Islam dan sejajar dengan Falsafah Pertumbuha­n Segi Tiga Indonesia-MalaysiaTh­ailand (IMT-GT)," katanya.

Katanya, PTSS juga kali pertama diberikan kepercayaa­n untuk turut serta dalam menjayakan program ilmiah berkenaan.

Pada majlis penutupan itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamlullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat merasmikan penutupan program berkenaan.

Program TOT itu membabitka­n seramai 17 orang guru agama di Foundation Saengthum Wittaya School.

Menurut Pegawai Pengantara­bangsaan

PTSS, Azlida Ahmad, guru agama itu diajar berkenaan asas bahasa Melayu dari segi penulisan, bacaan, percakapan dan membudayak­an bahasa Melayu dalam pembelajar­an dan kehidupan seharian.

"Objektif utama ialah menyemarak­kan penggunaan bahasa Melayu di selatan Thailand.

"Oleh itu, ia perlu bermula dengan sistem pengajaran bahasa Melayu yang betul dan guru di sekolah ini diajar dan dilatih bagi membolehka­n pengetahua­n disampaika­n kepada pelajar mereka.

"Pihak PTSS juga akan kembali ke sekolah ini dari semasa ke semasa untuk membantu guru agama itu terus memartabat­kan bahasa Melayu di selatan Thailand," katanya.

 ??  ?? PENSYARAH PTSS bersama peserta kursus
PENSYARAH PTSS bersama peserta kursus
 ??  ?? Dr MOHD ZAHARI menyampaik­an sumbangan buku kepada Pengetua Sekolah Agama Sengthum Wittaya Dr Sharifah Ibrahim
Dr MOHD ZAHARI menyampaik­an sumbangan buku kepada Pengetua Sekolah Agama Sengthum Wittaya Dr Sharifah Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia