Harian Metro

Permata Pintar komited lahir tenaga pakar STEM

-

Pusat Permata Pintar Negara (Permata Pintar) berhasrat menjadi institusi yang komited melahirkan tenaga pakar dalam bidang sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik (STEM) selaras dengan hasrat kerajaan untuk mendepani cabaran Revolusi Industri 4.0.

Pengarahny­a, Prof

Datuk Dr Noriah Mohd

Ishak berkata, sebanyak 95 peratus daripada pelajarnya yang melanjutka­n pelajaran ke peringkat sarjana muda, sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD) memilih bidang berkenaan.

"Kini terdapat lebih 579 lepasan Permata Pintar yang sedang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) terkemuka di dalam dan luar negara.

"Malah kami berhasrat untuk menjadi institusi yang mendukung peranan melahirkan tenaga pakar dalam bidang STEM yang boleh dianggap kritikal pada masa sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Hari Kerjaya Permata Pintar 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Pengerusi Persatuan Muafakat Permata Pintar, Samri Zainuddin.

Program yang berlangsun­g selama dua hari itu memberi manfaat kepada kira-kira 600 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pelajar di peringkat asasi berkaitan laluan melanjutka­n pelajaran dan pemilihan kerjaya.

Noriah berkata, sebanyak lapan badan korporat dan penaja seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Yayasan Telekom Malaysia (TM) dan Sime Darby Bhd mengambil bahagian.

Menurut beliau, program berkenaan diolah untuk memberikan pencerahan kepada pelajar di samping memupuk minat dalam bidang tertentu seperti STEM, perubatan dan psikologi.

"Kami juga menerima penyertaan universiti swasta yang memberi pencerahan berkenaan syarat kemasukan, cabaran dan bidang pengajian yang ditawarkan," katanya.

 ??  ?? NORIAH (tengah) bersama pelajar yang mengikuti forum Hari Kerjaya Permata Pintar 2018.
NORIAH (tengah) bersama pelajar yang mengikuti forum Hari Kerjaya Permata Pintar 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia