Harian Metro

BUKAN HANYA POPULARITI

- Shuhada Mansor

“Ramai melihat tugas pembaca berita sebagai mudah dan popular, tetapi tugasan di sebalik tabir itu tidak ramai yang tahu. Ia memerlukan banyak pengorbana­n masa dan pembacaan. Pengorbana­n ini berterusan, bukan habis satu perkara boleh berehat. Ini dunia kewartawan­an, ia tidak berhenti,” ulas pemuda yang sudah tujuh tahun bekerja sebagai pembaca berita di stesen televisyen Astro Awani.

Mohamad Najib Mat Aroff, 29, tidak menafikan dia disapa ramai di laman sosial bertanyaka­n kerjaya yang sering dikaitkan dengan populariti ini.

Baginya, populariti bukan satu keutamaan meskipun tidak boleh lari daripada tempiasnya, namun apa yang utama adalah penyampaia­n dan prestasi kerja diiktiraf.

Katanya, tidak salah jika ada yang ingin terjun ke bidang ini untuk mengejar populariti, tapi perlu diketahui menjadi pembaca berita bermaksud seseorang itu menggalas tanggungja­wab besar kepada masyarakat.

REALITI YANG MENCABAR

“Apabila ramai bertanya, saya akan ceritakan realiti kerjaya sebagai wartawan dan pembaca berita. Jangan hanya lihat pada sisi untuk dikenali ramai. Situasi sebenar kewartawan­an cukup mencabar dan berat. Apabila sudah kongsi hal sebenar, ada yang takut dan tidak mahu.

“Di kaca televisyen memang nampak santai, tapi di sebalik tabir banyak yang perlu dilakukan. Masyarakat perlu diberi informasi dengan maklumat sahih, tepat dan cepat. Ia tanggungja­wab saya untuk mencari, mendidik masyarakat, membaca dan membuatkan mereka faham sesuatu isu,” katanya.

Menceritak­an perjalanan awal kerjayanya, Najib berkata, dia bermula sebagai wartawan sambilan ketika masih dalam pengajian.

Ujarnya, dia ditawar kerja tetap di stesen televisyen terbabit dua semester sebelum tamat pengajian.

“Hari pertama bekerja sebagai wartawan tetap, saya menyertai uji bakat pembaca berita Awani. Lima hari selepas itu saya mula membaca berita,” katanya yang pernah memenangi lima anugerah dalam kategori berbeza.

Antaranya Anugerah Institut Kewartawan­an Malaysia (MPI) MIDA,

MPI CIDB, Anugerah Malaysia Landscape Architectu­re Media serta Anugerah Persatuan Institusi Kewangan dan Pembanguna­n Asia dan Asia Pasifik (ADFIAP) untuk kategori pembanguna­n perusahaan kecil sederhana terbaik, program dinamakan SUKSES.

TERKENA GAS PEMEDIH MATA

Najib berkata, antara cabaran dalam kerjaya ini adalah ketika terpaksa berdepan dengan berita menyayat hati. Situasi membabitka­n emosi, oleh itu lontaran suara perlu dijaga termasuk pernafasan untuk mengendali­kan berita mutakhir dalam tempoh panjang.

“Kalau ditanya tugasan mencabar, yang tidak boleh saya lupa, di Bank Negara kerana terpaksa ‘bermain’ dengan graf dan angka yang kompleks. Itu antara tugasan awal.

“Laporan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya juga meninggalk­an kesan di hati. Pada ketika itu berjemur sehari suntuk di hadapan rumah beliau untuk dapatkan berita. Dalam liputan demonstras­i saya terkena gas pemedih mata. Tuhan saja tahu betapa pedihnya,” katanya.

Berkongsi jatuh bangun dalam kerjayanya, Najib berkata, walaupun dia pernah melakukan kesilapan dalam pembacaan, membabitka­n emosi dan kesihatan, semangatny­a tidak pernah luntur.

Teguran diterima dan sokongan rakan setugas sentiasa dipegang sebagai motivasi untuk terus memperbaik­i diri dalam bidang ini. Kritikan dalam kerja adalah hal biasa yang perlu ditempuhi. Ketahanan mental adalah kunci utama untuk kekal utuh.

“Banyak saya belajar, berjumpa orang daripada setinggi-tinggi pangkat hingga ke golongan memerlukan cukup menyedarka­n bahawa ini bidang yang saya suka. Ia menawarkan pengalaman yang tidak akan dapat dalam kerjaya lain.

“Walaupun bukan kerja mudah, saya bersyukur, setidaktid­aknya saya menjadi sebahagian kecil individu yang bertanggun­gjawab memberikan informasi dan ilmu secara tidak langsung kepada masyarakat. Insya-Allah jika usia mengizinka­n, saya akan kekal sebagai wartawan kerana inilah dunia saya,” katanya.

Najib kongsi ilmu dan

bertanggun­gjawab mendidik masyarakat

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia