Harian Metro

CINTA JARAK JAUH

-

Perasaan sayang, rindu juga semakin bercambah buatkan hubungan kian erat

lebih menghargai pasangan sekali gus mendidik diri untuk setia dan percaya antara satu sama lain. Malah perasaan sayang dan rindu juga semakin bercambah membuatkan hubungan kian erat.

Gen Y akan kongsikan beberapa sebab kenapa hubungan cinta jarak jauh lebih menyeronok­kan. Mana tahu anda terpikat dengan pasangan yang tinggal jauh dan ada sebab untuk dipertimba­ngkan.

Bercinta jarak jauh menjadikan sikap anda lebih matang daripada usia sebenar. Perkara ini terbukti jika anda berasa tidak perlu berjumpa setiap hari dan hanya bertanya khabar menerusi aplikasi WhatsApp dan sebagainya.

Walaupun ia ibarat mengambil risiko, faktor hubungan jarak jauh menyebabka­n keretakan sudah tidak relevan lagi.

Sebenarnya, cukup hanya bertanya khabar dan meluahkan rasa rindu. Sesetengah pasangan bercinta yang bertemu setiap hari juga sering memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Itu menunjukka­n hubungan mungkin tidak kekal lama kerana masih bersifat kebudak-budakan dan tiada kepercayaa­n terhadap pasangan masing-masing.

Lebih baik fokus kepada kerjaya dan persiapkan diri menerima kelebihan dan kekurangan pasangan yang bakal meniti alam rumah tangga bersama anda nanti.

Apabila jarang bertemu, secara automatikn­ya anda jarang bergaduh atau tidak akan bertelagah langsung. Hubungan lebih harmoni dan bahagia menghadapi hari-hari yang mendatang tanpa masalah remeh ini.

Malah jika pasangan anda berlaku curang, anda tidak akan tahu kecuali ada ‘pengintip’ yang melaporkan rutin pasangan anda setiap hari.

Namun lebih baik anda setia dan menghargai pasangan kerana sekali ditangkap berlaku curang, anda akan ditinggalk­an tanpa belas kasihan.

Sifat perempuan, sangat pantang ditipu dan jangan gunakan alasan ikut sunah Rasulullah berpoligam­i. Ukur baju di badan sendiri, jika hati seorang isteri pun tidak mampu dijaga, bagaimana hendak membahagia­kan tiga lagi hati? 3. Sabar dan kuat

Memang benar bercinta jarak jauh bukan perkara yang mudah. Kita perlu mendidik diri agar sentiasa sabar dan kuat.

Ini kerana anda akan berasa keseoranga­n setiap kali melihat pasangan lain keluar bersama, namun itulah yang dikatakan ujian bercinta jarak jauh sekali gus menjadikan anda individu kuat dalam menghadapi apa jua cabaran.

Tanpa anda sedari, anda sangat beruntung kerana tidak banyak masa untuk melakukan aktiviti kegemaran selain dapat menjimatka­n wang.

Jika anda keluar bersama pasangan sudah tentulah perlu keluarkan sedikit wang untuk makan dan tiket wayang! 4. Lebih mengenali hati budi Percaya atau tidak, apabila jarang bertemu bukan rasa rindu saja yang kian menebal malah anda semakin mengenali peribadi pasangan.

Setiap kali berjumpa pasti banyak topik yang hendak dikongsi dan teruja untuk ‘menggali’ lebih banyak perihal masing-masing.

Oleh itu, kurangkan berhubung dengan pasangan anda melalui media sosial atau telefon dan biarkan masa yang sesuai menemukan anda berdua.

Cipta ruang privasi untuk anda dan pasangan, pasti hubungan lebih bermakna.

Daripada tip yang dikongsika­n, adakah anda akan pertimbang­kan untuk menjalinka­n hubungan percintaan jarak jauh? Mungkin perlu cuba untuk sekali seumur hidup!

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia