Harian Metro

MINAT wanda SEJAK KECIL

-

“Sampai satu masa, saya ditawarkan bekerja sebagai pengurus cawangan di syarikat korporat dan bertemu dengan seorang pelanggan. Dia beritahu dia sedang ambil kursus rambut. Tiba saja di rumah petang itu, saya terus cakap pada suami.

“Iya, pendorong utama adalah suami tercinta. Sebelum dapat kebenaran untuk masuk kursus gunting rambut yang pertama, suami cuba menguji dan menyuruh saya mengguntin­g rambutnya.

“Tanpa pengalaman memegang gunting rambut, kemahiran yang betul, guru yang mengajar, saya boleh mengguntin­g rambut suami dengan baik, tetapi mengambil masa hampir tiga jam! (ketawa) Dengan contoh rambut suami itulah saya bertemu guru pertama. Dia kagum dan terkejut apabila saya boleh mengguntin­g dengan baik sebelum mengikuti sebarang kelas.

“Malah dia juga terkejut dan tergelak besar apabila saya beritahu, terpaksa mengambil masa tiga jam untuk mengguntin­g satu kepala,” katanya dalam ketawa lagi.

LANGKAH PERTAMA

Hari demi hari, Wanda kian optimis mengejar kembali cita-cita dan impian lamanya. Dia sedar bidang itu sudah lama dimonopoli orang bukan Islam. Lebih dari itu, mereka berjaya menjadikan bidang itu sebagai kerjaya profesiona­l.

“Saya merasakan bidang ini satu fardu kifayah.

Sejak kecil, saya memang suka ke salun rambut.

Saya juga sangat memilih. Saya akan ke salun yang cantik dan hasil guntingan mengagumka­n. Namun, salun sebegitu lazimnya milik bukan Islam. Dek cerewet itulah, saya memasang niat membantu Muslimah seperti saya menjaga aurat, kehormatan diri, sekali gus menikmati keselesaan dan kepuasan.

“Pada luarannya bidang ini nampak senang. Betul, memang mudah jika kita beri tumpuan belajar dan meletak minat 100 peratus. Bagi saya, belajar rambut ini umpama belajar bawa kereta.

“Saya belajar dengan guru pertama saya (Melayu) 26 hari saja. Lepas habis, saya terus buka salun sendiri. Saya perkenalka­n konsep salun Muslimah. Memang masa itu langsung tidak mahir lagi.

“Terkial-kial pegang gunting, sikat dan pengering rambut. Namun, di depan pelanggan, saya berlagak yakin. Dalam hati pula menangis, malu, bercampur-baur. Bukan salah guru yang mengajar, tapi salah diri sendiri yang tidak sabar hendak berniaga dan punya salun sendiri.

“Cukup sebulan, saya rayu suami untuk sambung belajar lagi. Kali ini guru saya berbangsa Cina. Saya ambil kursus penuh selama lapan bulan. Kemudian, saya sambung bekerja dengan guru selama setahun sehinggala­h ditawarkan peluang usaha sama dengannya selepas dia melihat kemahiran dan komitmen saya semasa bekerja,” katanya.

Jelas Wanda, ketika itu dia masih menjalanka­n perniagaan salun sendiri yang dibuka seminggu sekali, iaitu pada hari cuti salun gurunya. Selepas mendapat tawaran itulah dia mula yakin untuk meneruskan perniagaan sendiri.

“Kemahiran saya diperakui guru di depan suami sendiri. Perasaan gembira memang sukar hendak dicerita. Kemahiran unik saya yang diiktiraf ketika itu adalah potong rambut dengan pencukur, hingga diberi gelaran Master Razor Hair Cut.

“Dek minat saya sambung belajar di Toni & Guy Academy. Berguru dengan orang Inggeris pula. Begitulah seterusnya hingga kini. Perjalanan menuntut ilmu tidak pernah berhenti. Sampai kini saya masih belajar. Saya bukan saja mengikuti kelas dengan guru profesiona­l, tetapi guru saya adalah pelanggan sendiri,” katanya berbangga.

PELIHARA ISLAM

Dorongan suami pencetus semangat teroka bidang dandanan rambut

Ditanya mengenai konsep dipilih untuk salun miliknya, Wanda memberitah­u dia mahu mengekalka­n niatnya untuk

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia