Harian Metro

KONGSI RESIPI

-

DARI MUKA H53

Tambah menarik, rupa-rupanya nama komuniti dalam talian ini sudah berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan mengeluark­an buku Koleksi 100 Resipi Pilihan 2016! Betapa besarnya pengaruh laman sosial kepada masyarakat kini jika dimanfaatk­an dengan cara yang betul.

Menurut pencetus ruangan MAHN, Salikhar Zakaria,

38, dia tidak pernah membayangk­an komuniti Facebook yang dibuat secara suka-suka sekitar Julai 2014 itu mendapat sambutan hingga mencecah lebih 1.2 juta pengikut.

“Pada awalnya, memang ruangan komuniti itu dibuat sekadar untuk berkongsi resipi yang diolah sendiri berdasarka­n apa saja bahan sedia ada di rumah. Ketika itu saya memang suri rumah sepenuh masa.

“Suami adalah anggota polis dan kami mempunyai dua anak. Kebetulan ketika itu kehidupan kami serba sederhana. Ada waktunya ikan cuma tiga ekor di dalam peti sejuk dan saya perlu kreatif untuk memastikan lauk kami mencukupi.

“Setiap kali di dapur, saya akan bertanya kepada diri, hendak masak apa hari ni (ini)? Dari situlah timbulnya idea untuk mewujudkan komuniti MAHN. Saya cuma mahu berkongsi apa yang dimasak untuk hari berkenaan,” katanya.

Menyedari tidak lengkap sesebuah komuniti tanpa ahlinya, Salikhar yang menggunaka­n nama akaun Lin Zalika mula memuat naik status di laman Facebook sendiri dan memberitah­u kewujudan MAHN.

“Saya beritahu rakanrakan mengenai MAHN. Kemudian, hari demi hari, ramai yang menjadi pengikut dan berkongsi cerita mengenai masakan mereka bersama gambar serta resipi.

“Mungkin kerana topik yang dibawakan berkisar mengenai rutin harian dan masakan, MAHN akhirnya meraih tumpuan luar biasa. Dalam tempoh sebulan, purata ahli yang memohon untuk menjadi pengikut hampir 35,000 orang.

“Saya pernah menolak kira-kira 32,000 permintaan (untuk menjadi pengikut MAHN) kerana akaun Facebook digunakan tidak lengkap dan sebahagian lagi terdiri daripada pengguna luar negara.

“Ada juga akaun yang terpaksa saya dan moderator lain sekat terus kerana beberapa isu. Bagaimanap­un, purata harian yang menjadi pengikut adalah sekitar 6,000 orang,” katanya.

BINA JARINGAN SIHAT

Semakin ramai yang menunjukka­n minat dalam bidang kulinari, semakin teruja jugalah Salikhar mengumpul idea. Banyak resipi ringkas dikongsi bersama ahli komuniti.

Melihat peluang semakin luas terhidang di depan mata, Salikhar

Kewujudan komuniti dalam talian ringan beban nasib ahli hidap kanser

 ??  ?? SALIKHAR optimis teruskan MAHN. DUA individu di belakang tabir MAHN.
SALIKHAR optimis teruskan MAHN. DUA individu di belakang tabir MAHN.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia