Harian Metro

Risteena FOKUS PADA KERJAYA

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro. com.my

Mutakhir ini, nama Nur Risteena Munim agak tenggelam sehinggaka­n ramai bertanya adakah pelakon ini mengambil keputusan untuk berehat seketika.

Sehinggala­h pertemuan dengan pelakon yang mula dikenali melalui drama Playboy Itu Suami Aku pada 2013 pada malam tayangan filem terbaru lakonannya, Hantu

Wangan, persoalan itu mula terungkai.

“Tidak dinafikan, ramai tanya ke mana saya menghilang. Saya tidak hilang dan sebab itulah apabila keluar dengan filem ini, saya buktikan masih ada di sini.

“Apabila membintang­i filem, proses penggambar­an dan suntingan ambil masa lama. Berbeza jika berlakon telefilem atau drama,” katanya.

Namun, dia menolak dakwaan hanya memilih beraksi di layar lebar sehingga enggan menerima tawaran drama.

Katanya, dia baru sahaja habis penggambar­an drama untuk siaran TV3 berjudul Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung penghujung tahun lalu.

Drama terbitan Zeel Production menampilka­n Hafidz Roshdi, Noor Khairiah, Jalil Jamid dan Ezany Nizarif itu dijangka menemui penonton pada April ini.

“Lagipun, saya akan keluar dengan tiga filem tahun ini iaitu Hantu Wangan, Qhaliq dan Blok 404. Ada anggap ia seolaholah kemunculan semula,” katanya.

Mengulas lanjut perihal karier lakonan, Risteena yang sudah membintang­i tujuh filem tidak kisah andai dilabel anak emas Ahmad Idham.

Kali pertama namanya disebut pengarah itu melalui filem Pencuri

Hati Mr Cinderella namun disebabkan sibuk dengan projek lain, dia terpaksa menolak.

“Tidak lama kemudian, dia mencadangk­an nama saya untuk filem Blok 404 arahan Azma Aizal Yusoof. Habis sahaja penggambar­an filem itu, saya terfikir masih ada lagikah peluang untuk bekerja di bawah arahan Ahmad Idham?

“Beberapa bulan kemudian, dia cadangkan pula nama saya untuk filem Qhaliq arahan Rosli Mohd Taib. Dia kata kalau lakonan saya okey dan dapat maklum balas baik daripada dua pengarah itu, barulah akan tawarkan saya berlakon dengannya,” katanya.

Mungkin sudah tertulis rezekinya, pengarah itu akhirnya memanggiln­ya untuk menjayakan filem seram komedi Hantu Wangan.

Ujar Risteena, hatinya berbunga-bunga kerana sudah lama berharap dapat bekerja di bawah arahan sutradara itu.

Katanya, sebaik saja menonton filem itu, dia akui berasa teruja dan tidak malu biarpun pengarah itu sering dilanda kontrovers­i, sebelum ini.

“Isu dan kontrovers­i yang melandanya tidak mengganggu dan saya tidak terfikirpu­n mengenai hal itu. Apa yang saya tahu, dia seorang yang tegas dan apabila di set, dia tahu buatkan saya yakin.

“Dia juga sangat terperinci dan akan pastikan dia dapat apa yang dimahukan. Cara kerja ini memudahkan semua orang,” katanya.

Impian kahwin 2020

Seronok berbual perihal filem, pelakon itu diusik dengan kisah cinta dan perkahwina­n.

Ketawa saat ditanya, Risteena mendakwa belum ada teman istimewa untuk dijadikan teman hidup.

“Kahwin entah bila, saya sibuk cari duit. Lagipun, tiada teman istimewa. Saya sudah berusia 29 tahun dan tipulah kalau tidak terfikir untuk menamatkan zaman bujang.

“Saya tak nafikan ada yang cuba mendekati dan saya hanya berkawan dengan semua orang. Tengoklah mana-mana yang sesuai untuk dijadikan suami,” katanya berseloroh.

Namun, dia tidak mahu hanya kerana proses ‘tapisan’ itu, ada peminat beranggapa­n dia perasan pula.

Katanya, belum ada mana-mana lelaki yang berani bertemu keluarga untuk melamar.

Risteena berharap, biarlah dia berkenalan terlebih dulu dan merasai nikmat cinta sebelum menerima lamaran rasmi daripada lelaki.

Projek terbaru, dia bakal muncul dengan produk kecantikan dan butik jenama sendiri pada April ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia