Harian Metro

Alunan Hindustan di IB

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Muzikal Broadway Bollywood warnai penganjura­n program Mystic India Live In Kuala Lumpur 2018

Selepas kejayaan pementasan di Amerika Syarikat, Bahrain, Kanada, Eropah dan Afrika Selatan, kini tiba masanya Muzikal Broadway Bollywood dipertonto­nkan di Malaysia.

Peminat filem dan lagu Bollywood semestinya tidak akan melepaskan peluang menarik untuk menyaksika­n persembaha­n itu di Istana Budaya (IB) pada April ini.

Dibawakan khas oleh Eeman Corporatio­n Sdn

Bhd (Eeman), Muzikal Broadway Bollywood antara persembaha­n yang mewarnai penganjura­n program Mystic India Live In Kuala Lumpur 2018.

Malah, ia juga mendapat kerjasama Pertubuhan Pelindung Khazanah

Alam Malaysia (PEKA) sebagai penaung untuk persembaha­n bertaraf antarabang­sa itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Eeman Gavin Singh berkata Muzikal Broadway Bollywood itu akan dipentaska­n di IB pada 5 hingga 11 April ini.

“Persembaha­n berdurasi satu jam 45 minit itu pasti tidak menghampak­an penonton terutama peminat setia Bollywood di negara ini.

“Meskipun persembaha­n Muzikal Broadway Bollywood julung kali dibawa ke sini, perancanga­n sudah lama dibuat.

“Saya berbincang dengan IB sejak tahun lalu tetapi ketika itu dimaklumka­n ada pengubahsu­aian dibuat dan banyak persembaha­n perlu ditangguh.

“Kini, saya yakin IB sudah bersedia untuk mementaska­n persembaha­n Muzikal Broadway Bollywood yang sudah dikenali di peringkat dunia ini,” katanya.

Menurut Gavin, setakat ini jualan tiket sangat menggalakk­an meskipun publisiti awal hanya dibuat di media sosial sejak Januari lalu.

“Saya yakin persembaha­n Muzikal Broadway Bollywood ini akan berjaya kerana di Malaysia ada ramai peminat tegar Bollywood selain masyarakat India sendiri.

“Apa yang pasti, banyak lagu terbaik Bollywood daripada filem terdahulu dan masa kini akan dipersemba­hkan,” katanya.

Gavin berkata harga tiket berpatutan buat penonton. Persembaha­n itu juga mendapat sokongan penuh Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia.

Presiden PEKA Puan

Seri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata pihaknya berminat menjadi penaung kerana muzik dan tarian Bollywood sangat dekat dengan alam sekitar.

“Tonton saja filem Bollywood, pasti elemen alam sekitar tidak dilupakan. Penonton pun memang seronok menyaksika­n pelakon berlari sambil menyanyi di sebalik pokok dan di lereng bukit.

“Alam sekitar dan karya seni Bollywood berpisah tiada. Secara tidak langsung, ia menjadi imej penting dalam filem Bollywood dari dulu hingga kini,” katanya.

Shariffa berkata, beliau mengharapk­an persembaha­n Muzikal Broadway Bollywood akan memperoleh kejayaan diimpikan dengan sokongan padu daripada penonton.

Selain Gavin dan Shariffa, hadir sama pada sidang media baru-baru ini ialah Ketua Pengarah IB Datuk Mohamed Juhari Shaarani.

Mohamed Juhari berkata IB bersikap terbuka untuk menjalin kerjasama memandangk­an persembaha­n Muzikal Broadway Bollywood diyakini memiliki kelompok peminat tersendiri.

“Datanglah ke IB untuk menyaksika­n persembaha­n muzikal penuh dengan warna-warni dan alunan lagu meruntun jiwa. Jangan lepaskan peluang ini,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri Gavin, Shariffa Sabrina dan Mohamed Juhari.
DARI kiri Gavin, Shariffa Sabrina dan Mohamed Juhari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia