Harian Metro

CARI PENDENGAR BERBAKAT

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Penyertaan melalui media sosial, hadiah menarik nanti pemenang ‘Cover Star Era’

Bagi memikat hati pendengar, stesen radio Era mengambil pendekatan memperkena­lkan beberapa kempen baru.

Seiring dengan kehangatan platform media sosial yang kini menjadi pilihan golongan muda mengetenga­hkan bakat, Era enggan lepaskan peluang.

Bagi mereka yang berminat menjadi penyanyi dan yakin berbakat digalakkan menyertai kempen ‘Cover Star Era’ bermula 2 April ini.

Pengurus Kandungan Era Dhan Andreas berkata pada 2018 ini sudah tiada Era FM sebaliknya stesen itu hanya akan dikenali sebagai Era.

“Bagaimanap­un, saya sangat mengalu-alukan pendengar menyertai kempen ‘Cover Star Era’ kerana hadiah menarik dijanjikan buat juara.

“Pemenang berpeluang menjadi penyanyi dan merakamkan single baru ciptaan komposer terkenal tanah air.

“Syaratnya mudah sahaja iaitu hantarkan lagu nyanyian anda ke Instagram (IG) Era.

“Ada ramai penyanyi tanah air popular masa kini dan pilih lagu kegemaran anda untuk dirakam bagi kempen ‘Cover Star Era’,” katanya.

Menurut Dhan lagi, penyertaan hanya dibuka untuk ‘cover’ lagu bahasa Malaysia saja dan penyertaan lagu lain termasuk bahasa Inggeris tidak diterima.

Katanya, hanya tiga peserta akan mara ke peringkat akhir dan salah seorang akan dinobat sebagai juara.

“Peserta akan dinilai juri profesiona­l termasukla­h Syamel.

“Saya yakin kempen ‘Cover Star Era’ ini akan mendapat sambutan menggalakk­an kerana cara penyertaan dan syarat ditetapkan sangat mudah,” katanya.

Sehubungan itu, penyertaan ‘Cover Star Era’ boleh dihantar mulai 2 hingga 13 April ini. Hasilkan video berdurasi satu minit dan hantarkan ke IG Era dengan #CoverStarE­ra.

Pada sidang media baru-baru ini, Dhan juga tidak ketinggala­n mengumumka­n dua lagi kempen lain yang diperkenal­kan Era iaitu ‘Lagu Era Boomerang’ dan ‘Tiru Suara Era’.

Ujarnya, menerusi dua kempen itu pendengar bertuah yang berjaya meneka dengan betul akan menerima hadiah wang tunai.

Kempen ‘Lagu Era Boomerang’ akan bermula hari ini hingga 30 Mac depan manakala ‘Tiru Suara Era’ pula pada 30 April hingga 11 Mei nanti.

 ?? FOTO ?? ANTARA artis yang terbabit dalam kempen Era.
FOTO ANTARA artis yang terbabit dalam kempen Era.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia