Harian Metro

FANTASTIK 4 KIAN BERTENAGA

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Bahang kian terasa, empat peserta program realiti Fantastik 4 iaitu Wany Hasrita, Haqiem Rusli, Ara Johari dan Naim Daniel mula tunjuk ‘taring’.

Bukan sekadar memperbaik­i mutu nyanyian, mereka turut berlumba-lumba menampilka­n kelainan persembaha­n.

Terdahulu, Haqiem

Rusli berjaya membawa pulang gelaran ‘Artis Paling Fantastik’ dan memenangi wang tunai RM5,000 pada minggu pertama. Manakala Ara sekali lagi mendapat pujian daripada juri kerana berani tampil berbeza.

Meskipun baru sembuh selepas terkena virus Influenza B baru-baru ini, Wany kembali dengan semangat baru dan mendapat pujian juri.

Menurut juri Fantastik 4 iaitu Edry Abdul Halim, masih banyak yang perlu diperbaiki setiap peserta.

“Ara berani adaptasi lagu asal mengikut rentak pilihan yang membuatkan tidak bosan. Vokal jelas serta penyampaia­n tiada masalah ketara cuma Ara suka ‘telan lirik’ dan tak lontarkan vokal dengan sebaiknya.

“Untuk Wany Hasrita pula nyanyian kena lebih ‘staccato’ dan ‘groovy’ supaya tak kedengaran terlalu mendayu.

“Haqiem dan Naim pula perlu belajar memperbaik­i mutu nyanyian,” katanya.

Pada tugasan seterusnya, semua peserta bakal mempersemb­ahkan lagu hit secara solo dan duet.

Wany menyanyika­n Luluh nyanyian asal Khai Bahar, Haqiem (Asal Kau Bahagia - Armada Band), Ara (Sumpah Cinta Ku - Asfan Shah), dan Naim (Sesungguhn­ya Aku -Alif Satar).

Untuk duet, Wany dan

Ara akan menyanyika­n Terimaku Seadanya nyanyian asal Misha Omar dan Hafiz manakala Haqiem dan Naim menerusi lagu

Buta (Faizal Tahir dan Caliph Busker).

Bukan sekadar bertanding meraih gelaran juara, mereka juga turun padang bagi menjayakan program tanggungja­wab khidmat sosial (CSR) ke Pusat Penjagaan Anak-Anak Yatim Al-Nasuha.

Program itu turut disertai penyampai Hot FM, Ammar dan Deen di mana ia bertujuan untuk mendekati mereka yang kurang bernasib baik.

Fantastik 4 adalah sebuah program realiti radio serta digital Hot FM yang berlangsun­g selama lima minggu bermula 5 Mac lalu.

Untuk mengundi, pendengar boleh ke laman sesawang rasmi stesen Hot FM di www.hotfm.com.my. Undian atas talian hanya dibuka pada setiap Isnin dari jam 11 malam dan akan ditutup pada padaAhad tepat jam 11.59 malam.

Juara bakal mendapat wang hadiah utama RM20,000 serta trofi. Sekiranya mereka menjadi pilihan juri untuk ‘Artis Paling Fantastik’ minggu itu, mereka akan membawa pulang RM5,000.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.hotfm. com.my serta laman sosial media rasmi stesen Hot FM di Youtube: Hot TV/Instagram/ Twitter: @hotfm976, Facebook Hot FM dan Whatsapp (017 - 302 8822).

 ??  ?? PESERTA Fantastik 4 turun padang melakukan
program tanggungja­wab khidmat sosial.
PESERTA Fantastik 4 turun padang melakukan program tanggungja­wab khidmat sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia