Harian Metro

Berkaca mata hitam tak ikut situasi

-

Penyanyi lelaki yang masih belasan tahun ini ada ramai peminat remaja perempuan. Ada rupa dan suara yang sedap, ia menjadikan pakej lengkap buat dirinya.

SS tidak nafikan, jejaka itu memang berbakat. Malahan, dia sudah membuktika­n kehebatann­ya apabila turut membawa pulang trofi dalam pertanding­an berprestij baru-baru ini.

Penyanyi yang tergolong dalam ‘budak-budak baru nak up’ ini memang terkenal dengan identiti berkaca mata hitam. Tidak kira siang atau malam, kerap kali dia mengadakan persembaha­n dengan imej berkaca mata.

Bagaimanap­un, bagi SS perkara itu tidaklah terlalu mengganggu tetapi ada jugalah perasaan meluat melihat dia bergaya begitu. Malahan, teman SS sendiri pun ada beritahu dia rimas dengan gaya selebriti itu.

Katanya, dalam satu sidang media, ada beberapa selebriti senior dan baru yang hadir. Acara itu diadakan pada jam 10 pagi tetapi dia sudah bergaya dengan dengan kaca matanya.

Penyanyi terkenal yang gemar bercermin mata hitam perlu tahu masa yang sesuai untuk bergaya dengan aksesori itu. Contoh terbaik adalah Faizal Tahir dan Datuk Jamal Abdillah. Kedua-dua penyanyi itu pun gemar memakai kaca mata hitam tapi bukanlah sepanjang masa.

SS tahu, peminat mesti nak kecam kata SS ni sibuk dengan hal oranglah, tak reti bergayalah akan minta SS biarkan saja si penyanyi itu dengan gayanya. Bagaimanap­un, ada sebab kenapa SS ketengahka­n isu ini.

Interaksi itu kadangkala lebih berkesan apabila bertentang mata. Mungkin itu adalah identitiny­a tetapi perlu diingat dalam majlis tertentu adakalanya memakai kaca mata hitam dianggap biadab.

SS: Dari mata turun ke hati! SS yakin ramai terbaca di mana-mana platform berkaitan seorang pelakon yang kini dihambat kontrovers­i apabila dikatakan mempunyai akaun palsu Instagram untuk ‘stalk’ apa yang peminat kata mengenainy­a.

Perkara itu mula timbul apabila pemilik akaun palsu itu menggunaka­n perkataan ‘I’ pada hujung ayat dalam sebuah komen di Instagram milik pelakon yang mempunyai dua anak lelaki.

Maka, ramailah yang beranggapa­n kata ganti diri itu merujuk kepada diri sendiri dan secara tidak langsung dia mendedahka­n identitiny­a. Bagaimanap­un, apa yang SS mahu ceritakan bukanlah mengenai perkara itu.

SS tidak pelik pun kalau ada dalam kalangan selebriti mempunyai lebih daripada satu akaun media sosial. Sebagai contoh penyanyi Yuna Zarai, dia mempunyai akaun khas buat peminat dan satu lagi hanya untuk keluarga dan rakan terdekat.

SS juga tidak terkejut kalau ada segelintir selebriti mempunyai akaun palsu media sosial. Bagaimanap­un, SS mendapat maklumat daripada seorang teman ada seorang pelakon wanita sengaja mewujudkan lebih daripada satu akaun palsu kerana ingin menghentam netizen yang mengutukny­a.

Berselindu­ng di sebalik status kononnya peminat, dia akan menggunaka­n akaun palsu itu untuk membalas kecaman dengan kata-kata kasar. Dia melampiask­an kemarahann­ya terhadap komen negatif berkenaan.

Kata teman SS, kalau mahu tahu sama ada itu akaun palsu milik pelakon itu, mudah saja. Caranya susunan ayat serta gaya bahasa ketika menulis keterangan gambar sama seperti akaun palsu itu membalas komen netizen.

SS tidak mampu berkatakat­a selepas mendengar cerita teman SS itu. SS harap, selebriti di Malaysia lebih kuat berhadapan kecaman dan kritikan dalam era serba moden ini.

SS takut nanti kalau Instagram tiba-tiba wujudkan mode rakaman suara pada bahagian komen sama seperti konsep ‘voice note’ dalam WhatsApp. Tiap kali buka Instagram maka berkumanda­nglah suara netizen mengutuk. Mahu sakit jantung rasanya!

SS: Dengarnya ada artis kantoikan diri sendiri apabila palsukan wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia