Harian Metro

Pasangan keparat dalang pecah rumah

-

Petaling Jaya: Mereka layak digelar ‘pasangan keparat’ apabila menjadi dalang di sebalik kegiatan pecah rumah di bandar ini sejak dua bulan lalu.

Bagaimanap­un, kegiatan pasangan kekasih berusia 30 tahun itu tidak bertahan lama apabila ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah didiami mereka di sini, jam 3 petang Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, kedua-dua suspek aktif melakukan pecah rumah di kawasan Kelana Jaya dan Seapark.

Katanya, susulan beberapa kejadian pecah rumah dilaporkan, polis yang mendapat maklumat dan risikan kemudian menyerbu kediaman didiami suspek terbabit.

“Hasil pemeriksaa­n di rumah itu polis merampas barang kes yang dipercayai hasil curi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Mohd Zani berkata, siasatan lanjut masih dijalankan untuk melihat pembabitan suspek terbabit dalam jenayah jalanan terutama membabitka­n kes pecah rumah.

“Suspek kini ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Polis percaya dengan tertangkap­nya penjenayah ini dapat menyelesai­kan banyak kes pecah rumah dan samun yang berlaku di daerah ini,” katanya.

Lalok sehingga mahu rampas senjata anggota polis. Itu tindakan seorang lelaki berusia 23 tahun yang memasuki Balai Polis Sungai Long, di sini, dan cuba merampas senjata api anggota sentri yang bertugas jam 2.40 pagi semalam.

Bagaimanap­un, tindakan lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh dadah itu menjerat diri sendiri apabila dia ditahan selepas berlaku pergelutan dengan anggota polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, suspek ditahan dengan bantuan anggota Pejabat Pertanyaan Balai itu.

Katanya, terdahulu suspek masuk ke dalam balai dan secara tiba-tiba cuba merampas senjata api jenis HK MP5 digunakan anggota sentri

 ?? Mohd Zani Che Din ?? Susulan beberapa kejadian pecah rumah dilaporkan, polis yang mendapat maklumat dan risikan kemudian menyerbu kediaman didiami suspek”
Mohd Zani Che Din Susulan beberapa kejadian pecah rumah dilaporkan, polis yang mendapat maklumat dan risikan kemudian menyerbu kediaman didiami suspek”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia