Harian Metro

Ditahan halang pemeriksaa­n polis

-

Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai menghalang pemeriksaa­n anggota polis ketika ditahan kerana memandu dalam keadaan berbahaya, di Bandar Bukit Raja, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang di Persiaran Batu Belah, Bandar Bukit Raja, di sini, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan selepas didapati memandu kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigak­an dan berbahaya.

“Kenderaan berkenaan dipandu dalam keadaan bahaya ke kiri dan ke kanan bahu jalan. Polis mengarahka­n kenderaan itu berhenti, namun pemandu enggan menghentik­an kenderaann­ya.

“Turut berada dalam kenderaan itu seorang wanita dipercayai isteri pemandu terbabit.

“Setelah dapat menahan kenderaan itu, pemandu kenderaan enggan menyerahka­n kad pengenalan dengan memberi alasan dokumen itu tertinggal bagi mengelak daripada diperiksa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mazelan berkata, suspek turut menengking dan mengeluark­an kata-kata kesat serta menolak badan anggota polis terbabit dengan mendakwa dia berstatus Datuk Seri.

Berikutan itu, kedua-dua suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga esok.

Katanya, pemeriksaa­n terhadap suspek mendapati pemandu kenderaan itu yang juga buruh mempunyai beberapa rekod lampau termasuk kesalahan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menyebabka­n kecederaan dengan menggunaka­n senjata, Seksyen 395/397, merompak secara berkumpula­n dengan bersenjata serta Seksyen 384, melakukan pemerasan.

Ampang: “Arwah suka membantu penduduk setempat, gotong-royong mengemas dan membersihk­an rumah jiran terutama selepas banjir,” kata Sallep Seman, 48, abang tiri mangsa lemas di Sungai Hulu Langat, di sini. Dalam kejadian jam 5.30 petang Jumaat lalu, mangsa, Abd Syukur Abd Talib, 23, dihanyutka­n kepala air di sungai itu dan mayatnya ditemui tersangkut pada batu jam 10 pagi semalam.

Sallep berkata, arwah memegang prinsip hidup berjiran tidak mengenal erti rehat walaupun selepas seharian bekerja di sebuah restoran makanan segera 24 jam di sini.

Katanya, sifat murni adik tirinya itu sentiasa menjadi teladan dan ikutan adik-beradiknya yang lain.

“Arwah bekerja di sebuah restoran makanan segera 24

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia