Harian Metro

Ramah mesra Rosmah, warga Malaysia

-

Sydney: Isteri Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri sesi ramah mesra dengan pasangan ibu dan anak dari Malaysia di Sydney, semalam.

Majlis yang dihadiri lebih 100 tetamu diadakan di One More Shot Pond, Centennial Park di sini.

Beberapa penuntut Malaysia yang melanjutka­n pengajian di Australia, terutama produk Program Permata Negara yang dinaungi Rosmah, juga menghadiri majlis itu.

Turut hadir, isteri Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Abdul Samad.

Acara yang dijadualka­n 30 minit itu bagaimanap­un berlangsun­g hingga 90 minit.

Rosmah berada di sini bagi mengiringi perdana menteri yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia 2018 selama dua hari yang bermula kelmarin. Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramania­m meluangkan masa melawat stor Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, malam kelmarin, selepas kebakaran membabitka­n sebahagian bangunan institut itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menunjukka­n keprihatin­an Subramania­m terhadap kebajikan kakitangan HKL walaupun mempunyai jadual padat termasuk acara fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Segamat, Johor, sepanjang hari kejadian, kelmarin.

“Menteri terbabit tetap prihatin dan menjenguk keadaan di HKL.

“Dalam perkembang­an berkaitan, kerja pembaikan bangunan itu diteruskan manakala operasi hospital berjalan seperti biasa.

“Syabas kepada pihak pengurusan dan kakitangan HKL yang cekap dan profesiona­l dalam menguruska­n situasi mencabar ini,” katanya menerusi Facebook rasminya, awal pagi semalam.

Kelmarin, dua wanita berjaya diselamatk­an bomba dalam kebakaran sebuah stor di IPFN.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Khiruddin Drahman berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari, hanya dua mangsa terbabit berada di dalam stor itu.

 ??  ?? ROSMAH beramah mesra dengan hadirin pada sesi ramah mesra dengan pasangan ibu dan anak dari Malaysia di Sydney, semalam.
ROSMAH beramah mesra dengan hadirin pada sesi ramah mesra dengan pasangan ibu dan anak dari Malaysia di Sydney, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia