Harian Metro

Wanita tercampak keluar maut dilanggar kereta

-

Kuala Kubu Bharu: Seorang wanita maut dilanggar kereta selepas tercampak dari Perodua Myvi dinaikinya yang melanggar penghadang jalan di Kilometer 405.4 Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur, dekat Lembah Beringin, semalam.

Kejadian jam 1.40 tengah hari itu turut membabitka­n sebuah bas sekolah yang dalam perjalanan ke arah Selatan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superinten­dan Lim Bhak Pai berkata, mangsa meninggal dunia dikenali sebagai Nurul Syafiqah Mohd Shaari, 23, yang duduk di bahagian penumpang belakang kereta terbabit bersama kakaknya, Nurul Syakirah, 25, dan seorang lagi wanita berusia 25 tahun sebagai pemandu.

Lim berkata, mereka dipercayai dalam perjalanan dari Simpang Pulai, Perak, ke Petaling

Jaya, Selangor, sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

“Ketika kejadian kereta dinaiki mangsa berada di lorong paling kanan, namun mengubah laluan ke kiri jalan sebelum kenderaan itu hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang sebelah kiri jalan.

“Akibat perlanggar­an itu, kereta dinaiki mangsa berpusing menyebabka­n seorang daripada mereka tercampak melalui tingkap belakang sebelah kanan dan jatuh di lorong tengah.

“Mangsa kemudian dilanggar sebuah Proton Saga dipandu lelaki berusia 38 tahun yang berada di belakang kenderaan mereka ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi

di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika kejadian sebuah bas turut berada di lorong kiri lebuh raya berkenaan tidak sempat mengelak Perodua Myvi itu lalu melanggar bahagian depan kereta mangsa namun tidak menyebabka­n kecederaan kepada penumpang.

Katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia