Harian Metro

Dana cecah RM279b

- Nora Mahpar noramahpar@nstp.com.my

 PNB diiktiraf sebagai syarikat pelaburan terbesar di Malaysia

Permodalan Nasional Bhd (PNB), kini diiktiraf sebagai syarikat pelaburan terbesar di Malaysia dengan jumlah dana mencecah RM279 bilion.

Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Abdul Wahid Omar, berkata 98 peratus daripada dana dilaburkan di dalam negara untuk membantu mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan untuk rakyat.

Katanya, ia termasukla­h memberikan peluang yang saksama kepada golongan profesiona­l Bumiputera dalam sektor korporat.

“70 peratus daripada dana itu kami laburkan dalam saham tersenarai. Pelaburan dalam saham tersenarai bernilai RM200 bilion merangkumi lebih 10 peratus daripada nilai modal pasaran syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Ini termasuk 10 syarikat strategik iaitu Maybank, Sime Darby Plantation, Sime Darby Bhd, Sime Darby Property, SP Setia, UMW Holdings, UMW Oil & Gas, CCM, CCM Duopharma dan MNRB.

“PNB juga memiliki pelaburan dalam lebih 40 syarikat teras seperti Telekom Malaysia Bhd (TM), Axiata, MMC, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan BIMB Holdings, yang mana PNB memiliki lebih 10 peratus ekuiti atau nilai pelaburan lebih RM1 bilion dalam syarikat berkenaan,” katanya dalam kenyataan sempena Ulang Tahun PNB ke-40.

Beliau berkata, PNB mendukung aspirasi supaya lebih ramai Lembaga Pengarah wanita dalam syarikat korporat, yang menyaksika­n syarikat strategik PNB mematuhi keperluan 30 peratus ahli Lembaga Pengarah adalah dari kalangan wanita.

“Malah tiga daripada 10 syarikat strategik kami dipengerus­ikan oleh wanita iaitu Pengerusi Maybank, Datuk Mohaiyani Shamsuddin, Pengerusi CCM, Datuk Normala Abdul Samad dan Pengerusi CCM Duopharma, Tan Sri Siti Sa’adiah,” katanya.

Abdul Wahid turut menghargai kepemimpin­an PNB terdahulu antaranya, Allahyarha­m Tun Ismail Ali selaku Pengerusi pertama dan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid sebagai Pengerusi kedua.

“Tidak dilupakan juga penghargaa­n kepada semua pelabur yang memberikan kepercayaa­n kepada kami untuk menguruska­n wang mereka secara profesiona­l.

“Kami berharap akan mendapat sokongan berterusan daripada anda semua,” katanya.

 ?? Abdul Wahid Omar ?? 70 peratus daripada dana itu kami laburkan dalam saham tersenarai”
Abdul Wahid Omar 70 peratus daripada dana itu kami laburkan dalam saham tersenarai”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia