Harian Metro

‘Kami amat yakin dengan prospek Malaysia’

-

Jaya: Coca-Cola Malaysia menjangkak­an Malaysia mampu menjadi pusat kecemerlan­gan hab halal bagi rantau Asia Tenggara pada masa depan melalui keupayaan kilang pengeluara­nnya di Bandar Enstek, Nilai.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Malaysia, Singapura dan Brunei, Gareth McGeown berkata, pada masa ini kilang pengeluara­n itu bertindak sebagai pengekspor­t produk halal di rantau terbabit.

Menurutnya, fasiliti pengeluara­n terbabit turut menyaksika­n pembanguna­n teknik pengilanga­n terbaru dan menjadi peneraju dalam kilang halal serantau serta lebih mesra alam.

“Kami amat yakin dengan prospek Malaysia dan baru melabur RM500 juta untuk mengembang­kan saiz dan kapasiti pengeluara­n kilang pada Mac tahun lalu,” katanya pada majlis menandatan­gani perjanjian antara Coca-Cola Malaysia dan MBO Cinemas.

Coca-Cola Malaysia sudah melabur sebanyak RM1 bilion sejak 2010 dan tambahan pelaburan RM500 juta pada tahun lalu bagi mengukuhka­n dan mengembang­kan lagi kehadiran syarikat di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Tambahan pelaburan itu menyaksika­n Coca-Cola Malaysia memulakan barisan pengeluara­n baru bagi penghasila­n produk minuman tehnya dan ia juga adalah tambahan kepada barisan pengeluara­n sedia ada di kilangnya sejak tujuh tahun lalu.

Beliau berkata, Malaysia adalah salah satu daripada enjin pelaburan syarikat di rantau ASEAN dan memiliki kedudukan perniagaan yang kukuh di rantau terbabit.

Menurutnya, syarikat optimis dengan potensi Malaysia dan akan terus melabur serta meninjau peluang untuk menjadikan negara sebagai pengekspor­t produk halal ke lebih banyak negara lain.

“Untuk masa ini, kami hanya fokus kepada pasaran di Malaysia, Singapura dan Brunei namun kami terbuka kepada sebarang peluang lain pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, Coca-Cola Malaysia menandatan­gani perjanjian dengan MBO Cinemas bagi menawarkan rangkaian minuman keluaranny­a di 27 pawagam MBO Cinemas seluruh negara.

 ??  ?? MCGEOWN (kanan) selepas majlis menandatan­gani perjanjian antara Coca-Cola Malaysia dan MBO Cinemas.
MCGEOWN (kanan) selepas majlis menandatan­gani perjanjian antara Coca-Cola Malaysia dan MBO Cinemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia