Harian Metro

Sasar jual 1,500 Lexus tahun ini

-

Pengedar eksklusif kereta Lexus di Malaysia, UMW Toyota Motor Sdn Bhd menjangka dapat menjual 1,500 unit tahun ini.

Presiden Lexus Malaysia, K Ravindran berkata, syarikat itu menjual 950 unit kereta pada 2017.

Pasaran kereta mewah Malaysia semakin berkembang, makan syarikat itu mahu menarik lebih ramai pemandu Malaysia ke arah jenama Lexus yang terkenal pada peringkat global, tetapi belum bertapak kukuh di negara ini.

“Kami akan melancarka­n beberapa lagi model Lexus tahun ini. Kami tidak mahu bersaing dengan jenama mewah lain kerana fokus pasaran kami lebih ke arah ahli korporat dan perniagaan,” katanya selepas pelancaran Lexus LS 500 sempena ulang tahun global ke-10 syarikat itu di sini.

Ravindran berkata, syarikat itu berhasrat untuk menjual 60 Lexus LS 500, generasi kelima dalam siri Lexus LS tahun ini.

Siri LS baru ini adalah model Lexus tercanggih, dibina di atas platform berprestas­i tinggi yang sama dengan siri LC, ia diperkasak­an dengan enjin 3.5 liter twin turbo V6 yang baru dan transmisi automatik 10 kelajuan yang pertama di dunia dalam kelasnya.

LS itu juga adalah sedan Lexus yang pertama dengan profil enam tingkap, memberi penglihata­n keluar yang lebih baik.

LS 500 ditawarkan dalam tiga varian iaitu LS 500 Luxury, LS 500 Executive dan LS 500h Executive Hybrid. Ia mempunyai 11 warna luar yang mempamerka­n reka bentuk lebih maju dan dinamik. Harga atas jalan bermula daripada RM799,000.

 ??  ?? LEXUS Malaysia lancar sedan mewah Lexus LS 500.
LEXUS Malaysia lancar sedan mewah Lexus LS 500.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia