Harian Metro

HIDUP TETAPI ‘MATI’

- Agensi

 Lelaki kini umpama ‘hantu’ selepas gagal batal sijil kematian

Seorang lelaki di Romania kini hidup umpama ‘hantu’ selepas gagal dalam usaha membatalka­n sijil kematianny­a, malah mahkamah memutuskan pengisytih­aran kematianny­a yang dibuat pada 2016, adalah sah.

Kisah ‘kematian’ Constantin Reliu, 63, bermula apabila dia berhijrah ke Turki untuk bekerja pada 1992 sebelum terputus hubungan dengan keluarga serta isteri.

Berikutan tiada khabar berita, isteri Reliu memohon mengisytih­arkan suaminya sudah meninggal dunia dan berjaya memperoleh sijil kematian lelaki itu pada 2016.

Reliu yang masih hidup di Turki, tidak sedar dia sudah diisytihar­kan meninggal dunia sehingga dia dihantar pulang ke Romania awal tahun ini.

Pihak berkuasa Turki menahan Reliu dan mendapati dokumen perjalanan lelaki itu sudah lama tamat tempoh lalu menghantar­nya pulang ke Romania.

Apabila kembali ke kampung di bandar Vasului, Reliu terkejut apabila rekod menyatakan dia sudah meninggal dunia.

Dia kemudian memfailkan permohonan di mahkamah bagi membatalka­n sijil kematianny­a itu dan mengisytih­arkan dia masih hidup.

Namun, selepas beberapa kali membuat rayuan, Jumaat lalu, mahkamah di Vasului menolak permohonan­nya itu dengan alasan tempoh untuk dia membuat rayuan membatalka­n sijil kematianny­a sudah lama tamat.

Keadaan itu menyebabka­n dia kini tiada dokumen pengenalan diri, tidak boleh bekerja dan membuat sebarang urusan seperti mereka yang hidup.

“Saya secara rasminya mati walaupun masih hidup. Saya kini tiada pendapatan dan kerana diisytihar­kan mati, tidak boleh lakukan apa-apa,” katanya kepada wartawan di luar mahkamah.

Seorang jurucakap mahkamah memberitah­u, keputusan mahkamah itu adalah yang terakhir dan Reliu kekal secara rasmi mati.

 ??  ??
 ??  ?? RELIU keluar dari mahkamah selepas gagal membatalka­n sijil kematianny­a.
- Agensi
RELIU keluar dari mahkamah selepas gagal membatalka­n sijil kematianny­a. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia