Harian Metro

22 tahun wajah tidak pernah berubah

-

Beijing: Seorang penyampai berita televisyen di syarikat penyiaran China, CCTV, menjadi perhatian orang ramai dan pengguna media sosial negara itu kerana wajah jelitanya tidak berubah walaupun sudah muncul di televisyen selama 22 tahun.

Yang Dan, 44, menjadi penyampai segmen laporan cuaca di CCTV sejak 1996, namun menakjubka­n kerana wajahnya kelihatan seolah-olah tidak dimamah usia.

CCTV menyiarkan video memaparkan karier Yang selama 22 tahun di stesen itu sempena Hari Wanita Antarabang­sa dan rakaman berkenaan tular di media sosial kerana wajahnya langsung tidak berubah.

Yang memulakan kariernya di stesen itu ketika berusia 22 tahun dan apabila melihat video berkenaan, tidak hairan ramai menggelarn­ya ‘dewi sentiasa muda’.

“Ramai membesar melihat segmen ini. Namun, ramai tertanya-tanya kenapa mereka semakin tua sedangkan dia (Yang) langsung tidak dimamah usia? Malah dia kelihatan semakin muda, muda dan muda,” kata keterangan video berkenaan.

Ramai pengguna media sosial bersetuju dengan video berkenaan dan mereka memuji kecantikan Yang.

“Sukar dipercayai dia bersama kita sudah sekian lama. Walaupun sudah dua dekad, dia langsung tidak meninggalk­an sebarang kesan pada wajahnya.

“Dia tetap menjadi wanita diminati ramai lelaki,” kata seorang peminat.

Beberapa pengguna media sosial juga sukar mempercaya­i wanita yang membaca laporan cuaca dari 1996 hingga 2018 itu individu yang sama.

“Mungkin semua laporan kaji cuaca yang dibacanya itu dibuat pada hari yang sama,” gurau seorang pengguna. - Agensi

 ??  ?? SEDUTAN video menunjukka­n Yang mengendali­kan segmen laporan cuaca pada 1996 hingga 2018. - Agensi
SEDUTAN video menunjukka­n Yang mengendali­kan segmen laporan cuaca pada 1996 hingga 2018. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia