Harian Metro

Putin tiada masalah menang lagi

- Reuters

 Miliki 70% penyokong lebih tinggi berbanding pencabar

Santiago: Kerajaan Argentina akhirnya mengaku kapal selam tentera lautnya yang hilang bersama 44 anak kapal November tahun lalu, melakukan misi pengintipa­n di Kepulauan Falkland Falklands ketika hilang.

Sebelum ini, tentera laut Argentina menegaskan kapal selam itu, ARA San Juan dalam misi latihan ketika hilang.

Hingga kini, kapal selam itu gagal dikesan dan penyiasat mendakwa berlaku letupan kuat di lokasi terakhir kapal selam berkenaan di Lautan Atlantik Selatan sebelum hilang, ketika ia dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Mar del Plata.

Semalam, media Britain melaporkan, Ketua Turus tentera Argentina, Marcos Pena, mengakui kapal selam itu diarahkan ke Kepulauan Falkland (digelar Malvinas oleh Argentina) bagi mengenal pasti kapal dan pesawat di sana.

Menurut Daily Mail, Pena memberitah­u Kongres Argentina misi utama San Juan ialah mengenal pasti lokasi,

Rakyat Russia keluar mengundi semalam, dalam pilihan raya yang dijangka memberikan kemenangan besar kepada Presiden Vladimir Putin untuk penggal keempatnya.

Putin cuma mampu ditewaskan jika sebahagian besar pengundi tidak menunaikan tanggungja­wab itu kerana keputusan sudah boleh dijangka.

Di timur Russia, pusat pengundian di bandar raya Petropavlo­vsk-Kamchatsky dibuka pada jam 8 pagi waktu tempatan dan proses pengundian berlangsun­g sehingga pusat undian ditutup di wilayah paling barat, Kaliningra­d, 22 jam kemudian.

Tinjauan pendapat menunjukka­n Putin memperoleh 70 peratus sokongan atau hampir 10 kali ganda lebih tinggi berbanding pencabar terdekatny­a.

Kemenangan sepenggal lagi membawa Putin berkuasa hampir suku abad, antara pemimpin Kremlin kedua paling lama memerintah selepas diktator Josef Stalin.

Ramai pengundi memuji Putin, bekas pengintip KGB berusia 65 tahun itu yang bertegas mempertaha­n kepentinga­n Russia ketika dibenci dunia luar walaupun ia terpaksa berhadapan konfrontas­i dengan Barat.

Perbalahan dengan Britain berhubung dakwaan Kremlin menggunaka­n toksin saraf untuk meracun ejen dua muka Russia di England, tidak menjejaska­n kedudukann­ya.

Moscow menyangkal dakwaan berkenaan. merakam gambar atau video kapal perang, kapal logistik, kapal tangki dan kapal penyelidik yang tidak menggunaka­n bendera Argentina.

Menurut Sunday Express, Pena berkata: “Namun, misi keduanya merekod identiti kapal dan pesawat yang beroperasi di Malvinas (Falkland),” katanya. - Agensi

Pena juga menyatakan senarai kapal serta pesawat yang dikenal pasti kapal selam itu, termasuk pesawat Tentera Udara Diraja Britain dan pesawat milik Kerajaan Kepulauan Falkland.

Pengakuan itu dibuat selepas kebocoran dokumen sulit mengenai aktiviti kapal selam terbabit yang disiarkan satu laman web Argentina bulan lalu.

Keluarga anak kapal mendakwa saudara-mara mereka yang berkerja dalam kapal selam itu menyatakan mereka dikejar helikopter Britain sebelum ia hilang.

Kementeria­n Pertahanan Britain bagaimanap­un, menafikan dakwaan itu.

Pegawai kedua tertinggi kapal selam itu, Roberto Daniel Medina, memberitah­u adik perempuann­ya, selain helikopter Britain, mereka juga dikejar kapal tentera laut Chile. - Agensi

 ??  ?? PUT I N
PUT I N
 ??  ?? KAPAL selam tentera laut Argentina yang hilang November lalu. - Reuters
KAPAL selam tentera laut Argentina yang hilang November lalu. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia