Harian Metro

Itali ungguli WUSC2018

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Subang Jaya: Malaysia menamatkan saingan Kejohanan Menembak Universiti Dunia (WUSC) 2018 dengan dua gangsa dengan Itali berada pada kedudukan teratas negara bertanding.

Peluang terbaik negara untuk menambah pingat pada hari terakhir hadir menerusi acara 50 meter pistol berpasukan namun gandingan Eddy Chew, Zianyi Siau dan Wen Yan Choo terpaksa akur berada pada kedudukan keempat dengan mengumpul 1596 mata.

Bagaimanap­un, kejayaan meraih dua gangsa adalah pencapaian terbaik kontinjen negara sejak menyertai WUSC sejak 2014.

Ia hadir menerusi Eddy dalam acara 10m air pistol individu serta acara berpasukan air pistol 10m yang dibarisi Aida Amirah Mohd Sheriff, Nik Nur Nabilah Syahidah Nik Nor Rosdi dan Cuili Siau.

Bagi jurulatih menembak negara, Baharudin Hashim, pencapaian berkenaan adalah sesuatu yang tidak dijangkaka­n berdasarka­n persiapan singkat dalam tempoh sebulan.

“Saya mengharapk­an mereka hanya melangkah ke pusingan akhir, tidak mengharapk­an pingat kerana sedar saingan di sini agak tinggi dengan ada yang pernah bertanding di kejohanan besar dunia.

“Saya hanya mahu mereka melakukan apa yang dibuat ketika latihan dan tidak ingat memberikan tekanan kepada mereka. Namun nampaknya penembak negara berjaya meraih pingat, ia sesuatu yang membanggak­an,” jelasnya.

Malaysia berada pada kedudukan ke-15 daripada 25 negara bertanding.

Itali mengumpul 5 emas, 5 perak dan 1 gangsa namun diikuti Korea Selatan (4 emas, 1 perak, 5 gangsa) manakala India (3 emas, 2 perak, 3 gangsa).

WUSC edisi ketujuh dianjurkan Majlis Sukan Universiti Malaysia di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan di Subang sejak Rabu lalu membabitka­n 350 atlet dari 25 negara.

Ukraine akan menjadi tuan rumah pada 2020.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia