Harian Metro

Aksi Norsyafiq buat Van Huizen dalam dilema

- Naqib Nor Said naqib@nstpp.com.my

Kuala Lumpur: Pengendali skuad hoki negara, Stephen Van Huizen tidak dapat mengelak daripada mengakui prestasi cemerlang Norsyafiq Sumantri meletakkan­nya dalam dilema sama ada mahu membawa penyerang itu ke Sukan Komanwel Gold Coast, bulan depan atau tidak.

Norsyafiq, 22, beraksi cemerlang sepanjang enam aksi Piala Sultan Azlan Shah 2018 apabila larian liciknya seringkali berjaya memporak-perandakan pertahanan lawan biarpun gagal meledak sebarang gol dalam penampilan sulung antarabang­sa itu.

Tetapi, dia masih perlu bersaing dengan Faizal Saari, Nik Muhammad Aiman Nik Rozemi, Muhammad Firhan Ashari, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil dan Shahril Saabah untuk merebut tempat 18 terbaik.

Kemungkina­n besar peluangnya untuk ke temasya Komanwel masih samar me-

(gambar)

mandangkan ia turut menjadi rebutan dua pemain yang tidak ke Ipoh iaitu Ramadan Rosli dan Haziq Samsul, apatah lagi dengan keperluan taktikal Van Huizen yang hanya membolehka­n beliau membawa enam penyerang.

“Bagi Norsyafiq, dia beraksi begitu baik pada kejohanan baru-baru ini dan ia suatu petanda yang bagus untuk pasukan,” kata Van Huizen terhadap Norsyafiq.

“Memang ia menjadikan tugas memilih pemain bertambah sukar, tetapi saya tetap mengambiln­ya sebagai sesuatu yang positif dan apa yang paling penting adalah bagaimana kita hendak mengurangk­an jurang antara pemain senior dan remaja tanpa membawa keputusan buruk kepada pasukan.

“Kita akan cuba

terus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia