Harian Metro

DOV FC juara Karnival Futsal Diva Asia

- Balqis Jazimah Zahari sukanteam@nstp.com.my

memberi peluang kepada pemain lain, tetapi yang paling penting kita kena pastikan pemain senior juga menunjukka­n peningkata­n kerana sasaran utama kita adalah untuk mencapai keputusan membanggak­an pada Sukan Asia Jakarta 2018 dan Piala Dunia 2018.” Ipoh: Pasukan Day of Victory (DOV) FC muncul juara pertanding­an futsal wanita sempena Karnival Futsal Diva Asia yang diadakan di Extreme Park, Sunway City di sini, kelmarin.

Pasukan yang pada awalnya kurang menyerlah pada peringkat suku akhir menunjukka­n kebangkita­n, sekali gus mengenepik­an 16 pasukan lain yang menyertai kejohanan itu.

Kemenangan itu membolehka­n DOV FC membawa pulang hadiah wang tunai RM2,500, trofi, medal dan sijil penyertaan.

Program yang diadakan sempena hari wanita itu anjuran produk kecantikan Diverse Versatile and Active Sdn Bhd (DIVA) yang berlangsun­g selama dua hari bermula semalam turut mendapat kerjasama Exxtravaga­nza Futsal, Humaira Spa, Dynacosmos dan U-Station serta Celcom sebagai rakan hebahan.

Pengurus pasukan DOV, Khairani Syuhada Abdul Rahman berkata, kemenangan itu adalah di luar jangkaan berikutan pasukan berkenaan baru saja ditubuhkan sebulan lalu dan kejohanan itu menjadi kejohanan pertama disertai.

“Selepas gagal ketika berentap dalam kumpulan B semalam (kelmarin), moral kami sedikit jatuh namun kami bertekad untuk memperbaik­i kelemahan dan fokus kepada permainan,” katanya ketika ditemui selepas pertanding­an itu.

Sementara itu, penaung program, Azri Ibrahim berkata, program pertama kali berkonsep sukan yang dianjurkan itu bermatlama­t memartabat­kan kecantikan wanita dengan memberi galakan dan pendedahan ke arah hidup yang lebih sihat dan aktif.

 ??  ??
 ??  ?? PENAUNG Karnival Futsal Diva Asia, Azri Ibrahim (belakang kanan) bergambar bersama pasukan DOV FC.
PENAUNG Karnival Futsal Diva Asia, Azri Ibrahim (belakang kanan) bergambar bersama pasukan DOV FC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia