Harian Metro

Bukan medan ‘perang’

- AFP

 Putin, pihak berkuasa tuan rumah beri jaminan keselamata­n

Presiden Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), Gianni Infantino menegaskan Piala Dunia di Russia tidak akan menjadi medan ‘perang.’

Presiden

Russia, Vladimir

Putin dan pihak berkuasa tuan rumah sebelum ini memberi jaminan keselamata­n di sebalik timbul kebimbanga­n mengenai kemungkina­n berlaku insiden pergaduhan membabitka­n penyokong.

“Kita tidak akan pergi berperang,” kata Infantino. “Kamu akan lihat nanti kami akan mengadakan pesta bola sepak dan jika seseorang mahu mencetuska­n sebarang kekacauan, mereka akan berdepan masalah.

“Pihak Russia amat komited untuk menjadikan Piala Dunia kali ini berjaya,” katanya ketika sidang media di sini.

Timbul kebimbanga­n mengenai keganasan membabitka­n peminat fanatik terutama dari Russia dan England dengan kedua-duanya pernah bertempur ketika Kejuaraan Eropah 2016 di Perancis.

Bagaimanap­un, bos FIFA itu yang pernah terbabit dalam penganjura­n empat Kejuaraan Eropah sebelum ini mengesahka­n tuan rumah Russia berusaha keras untuk menghalang sebarang insiden seperti itu daripada berlaku.

“Saya ada sedikit pengalaman menganjurk­an kejohanan yang besar dan saya perlu katakan yang saya tidak pernah melihat tahap persiapan seperti ini, terutama membabitka­n keselamata­n, di Russia atau di mana saja,” katanya.

Piala Dunia yang dijadual berlangsun­g dari 14 Jun hingga 15 Julai ini dijangka menarik jutaan peminat dari seluruh dunia tetapi mereka tidak memerlukan visa untuk ke negara berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia