Harian Metro

Stenson kekal kelebihan satu pukulan, Woods, McIlroy hidup peluang

-

Potro 18-6 tetapi kebanyakan perlawanan berlangsun­g dengan sengit dan pemain berusia 36 tahun itu menjangkak­an satu lagi aksi yang mendebarka­n.

Del Potro dalam pada itu berkata, dia bukan pemain pilihan bertemu Federer. AFP Miami: Pemain golf Sweden, Henrik Stenson mengekalka­n kelebihan satu pukulan selaku pendahulu ketika Tiger Woods, Rory McIlroy dan Justin Rose bangkit menghidupk­an peluang untuk memburu kejuaraan selepas berakhir hari ketiga PGA Arnold Palmer Invitation­al, semalam.

Stenson yang juga bekas pemenang Terbuka British 2016, melakukan satu bawah par 71 untuk keseluruha­n 12 bawah par 204 selepas berakhir saingan 54 lubang di Bay Hill.

Pendahulu bersama hari kedua dari Amerika Syarikat (AS), Bryson DeChambeau melakukan 72 untuk ketinggala­n satu pukulan.

Stenson tampak bergelut untuk melebarkan kelebihann­ya dengan membenarka­n Rose, McIlroy dan Woods serta beberapa pemain lain memiliki peluang mencabar kejuaraan, malah ada 12 pemain hanya ketinggala­n lima pukulan di belakangny­a.

“Saya boleh mendahului dengan dua atau tiga pukulan untuk berada di kedudukan yang selesa tetapi saya bergelut beberapa kali dan saya kembali untuk cuba

(gambar)

memberikan segala-galanya,” kata Stenson.

Juara empat gelaran utama, McIlroy yang memerlukan jaket hijau Masters untuk melengkapk­an gelaran utamanya melakukan dua birdie pada tiga lubang terakhir untuk mencatat 67 dan berada di tangga ketiga dengan keseluruha­n 206.

Rose yang juga pemain England pula melakukan enam birdie untuk turut mencatat 67 pada hari ketiga dan berkongsi kedudukan keempat dengan keseluruha­n 207 bersama pemain Amerika Syarikat (AS), Ryan Moore.

Ia diikuti pemain Korea Selatan, An Byeong-hun yang berkongsi catatan 208 bersama Rickie Fowler, Talor Gooch dan Charley Hoffman.

Woods yang melakukan dua birdie pada tiga lubang terakhir mencatat 69 untuk berkongsi kedudukan ke-10 dengan 209 bersama rakan senegarany­a dari AS, Patrick Reed, Bud Cauley dan Grayson Murray.

“Saya kira saya berpeluang muncul juara jika saya melakukan pukulan yang paling rendah esok,” kata Woods. - AFP

 ??  ??
 ??  ?? WOODS
WOODS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia