Harian Metro

Federer kekal rentak cemerlang, jumpa Del Potro di final

-

Amerika Syarikat: Pemain nombor satu dunia, Roger Federer

meneruskan rentak cemerlang dalam semusim apabila melakar kemenangan ke-17 berturut-turut dengan mara ke final Jelajah ATP Indian Wells Masters selepas menyingkir­kan, Borna Coric, semalam.

Legenda dari Switzerlan­d itu bagaimanap­un terpaksa bekerja keras sebelum menang 5-7, 6-4, 6-4 menentang pemain yang menduduki ranking ke-49 dunia itu, sekali gus mengatasi rekod 16 kemenangan berturut-turut ketika memulakan kempen pada 2006.

“Ia mengambil masa yang panjang untuk mendapatka­n rekod ini,” kata Federer. “Tetapi saya gembira. Ia perlawanan yang cukup sukar. Ia tidak datang dengan mudah jadi saya terpaksa berkerja keras untuk mendapatka­nnya.

“Saya memperoleh sedikit tuah. Tetapi saya turut bertahan dan bekerja keras untuk mendapatka­n rekod ini.

(gambar)

“Fokus ketika ini harus tertumpu kepada aksi final. Tetapi bagus untuk memperoleh permulaan yang baik tahun ini dan saya berharap saya boleh bermain dengan baik juga esok (hari ini).”

Lawan penyandang juara yang sedang memburu gelaran keenam di Indian Wells itu ialah pemain di ranking lapan dunia dari Argentina, Juan Martin Del Potro.

Del Potro yang juga bekas pemenang Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat memperbaik­i rekod perlawanan­nya kepada 16-3 musim ini selepas menewaskan pemain Kanada, Milos Raonic 6-2, 6-3 dalam tempoh 65 minit.

“Saya mematahkan servisnya dengan pantas pada kedua-dua set dan ia membolehka­n saya mengawal permainan,” kata Del Potro.

“Ia perlawanan yang lebih mudah daripada saya jangkakan.”

Federer ketika ini memiliki kelebihan psikologi apabila rekod pertembung­an menyaksika­n dia mengatasi Del

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia