Harian Metro

‘KAU AKAN SEHEBAT MESSI’ J

- AFP

Liverpool

urgen Klopp percaya perbanding­an di antara tonggak Liverpool, Mohamed Salah dan pemenang lima kali Ballon d’Or dari Barcelona, Lionel Messi masih terlalu awal, tetapi menyifatka­n bintang Mesir itu di landasan terbaik untuk menjadi pemain terbaik dunia.

Salah meneruskan kempen menakjubka­n apabila menjaringk­an empat gol ketika The Reds membelasah Watford 5-0 di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris,

 Klopp yakin Salah mampu jadi pemain terbaik dunia

awal pagi semalam sekali gus menambah jumlah jaringanny­a kepada

36 gol pada musim pertamanya.

Ia jaringan terbanyak pernah diledakkan pemain Liverpool pada penampilan sulung mereka bersama kelab itu.

Messi yang juga sensasi Barcelona turut menunjukka­n betapa dia masih pemain terbaik dunia apabila menjaringk­an gol ke-100 dalam kancah Liga Juara-Juara ketika menewaskan Chelsea 3-0, Khamis lalu.

Bagaimanap­un, Klopp percaya Salah, 25, mempunyai

masa untuk mengatasi kejayaan dilakar Messi dan seteru utamanya, Cristiano Ronaldo dari Real Madrid dengan kedua-dua pemain berkenaan berada di usia 30-an.

“Saya fikir Mo (Salah) dalam perjalanan (menjadi pemain terbaik dunia),” kata Klopp. “Saya tidak fikir Mo atau orang lain mahu dibandingk­an dengan Lionel Messi.”

Pengurus dari Jerman itu turut mencabar Salah untuk mengekalka­n tahap yang ditetapkan olehnya musim ini seperti yang dilakukan Messi dan Ronaldo.

“Seperti kebiasaan dalam hidup, jika kamu mempunyai kemahiran, kamu perlu menunjukka­nnya secara konsisten, dan secara konsisten dia amat bagus serta banyak membantu kami.”

Malah, Salah tidak menjadikan keadaan padang yang licin berikutan salji apabila menewaskan pertahanan Watford, Jose Holebas untuk membuka tirai jaringan seawal minit keempat.

“Keadaan (cuaca dan padang) adalah sukar. Jelas, ia licin dan semua orang bergelut, tetapi tidak bagi Mo. Dia benar-benar istimewa,” kata Klopp.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia