Harian Metro

VAR ‘mimpi ngeri’ skuad Piala Dunia 2018

-

Swansea: Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino

melabel penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) di Piala Dunia 2018 sebagai ‘mimpi ngeri’ selepas skuad kendaliann­ya terus dipalit kontrovers­i membabitka­n teknologi itu dalam kancah Piala FA.

Spurs melangkah ke separuh akhir dengan kemenangan 3-0 di Swansea, semalam dengan Christian Eriksen meledak dua gol bagi melupakan ketiadaan penyerang berbisa, Harry Kane yang dipalit kecederaan.

Begitupun, ia tidak menghalang Pochettino daripada mengkritik VAR susulan penangguha­n panjang keputusan untuk tidak membenarka­n jaringan Son Heung-Min kerana ofsaid yang membantu Spurs mendahului 1-0.

“Ia adalah mimpi ngeri. Saya merasa kasihan terhadap orang yang cuba untuk menggunaka­n sistem itu,” kata Pochettino.

“Saya fikir saya lebih menggemari apabila pengadil dan pembantuny­a melakukan kesilapan berbanding perlu menunggu tiga ke empat minit untuk banyak perkara.”

Spurs berdepan lebih banyak dilema membabitka­n penggunaan

VAR berbanding pasukan lain di England dengan kemenangan 6-1 ke atas Rochdale sebelum ini turut dipalit kontrovers­i ulangan rakaman video.

Semalam, Presiden Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) Gianni Infantino memberikan lampu hijau untuk penggunaan VAR di Piala Dunia di Russia, sekali pun mendapat bantahan daripada sesetengah pihak.

VAR digunakan secara menyeluruh di kebanyakan liga utama Eropah musim ini antaranya Jerman dan Itali tetapi di England, ia hanya membabitka­n saingan piala.

“Kita kini perlu melihat kepada realiti bagaimana ia boleh mengganggu staf di garisan padang dan juga pegawai,” kata Pochettino.

“Ia begitu rumit, tetapi apa yang paling buruk bagi saya ialah kesannya terhadap peminat. Ia akan menjadi masalah yang besar di masa depan. Kita akan lihat apa yang berlaku di Piala Dunia.”

Kemenangan di Wales membantu Spurs untuk terus berpeluang menjulang piala di bawah kendalian Pochettino dengan kali terakhir kelab dari London itu menjulang trofi ialah pada 2008 tatkala kedua-dua aksi separuh akhir berlangsun­g di laman mereka, Wembley.

- AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia