Harian Metro

Mourinho kritik aksi anak buah

-

Manchester: Jose Mourinho terus mengkritik pemainnya sekalipun Manchester United melangkah ke separuh akhir Piala FA dengan melabel mereka ‘kurang personalit­i, kelas dan keinginan.’

Selepas kurang 24 jam pengurus United itu mempertaha­nkan dirinya ketika sidang media sebelum perlawanan, Mourinho mengalih tumpuan terhadap pemainnya susulan kemenangan 2-0 ke atas Brighton.

Hanya Nemanja Matic yang mencipta peluang untuk jaringan pembukaan Romelu Lukaku sebelum turut menyumbat gol dan pemain muda, Scott McTominay terlepas daripada kritikan.

Mengharapk­an pemainnya dapat memberi tindak balas dengan segera selepas penyingkir­an dalam saingan Liga Juara-Juara kepada Sevilla, pengurus dari Portugal itu mendakwa beberapa pemainnya kurang personalit­i dan keinginan untuk bermain bersama kelab gergasi Inggeris itu.

“Saya tidak menggemari permainan ini,” kata Mourinho. “Saya fikir kami layak untuk menang, tetapi saya tidak mendapat reaksi yang saya harapkan daripada pemain.

“Saya mendapat reaksi daripada sesetengah mereka. Sesetengah­nya kuat secara mental dengan kualiti bola sepak untuk bermain, dan itu adalah alasan mengapa kami menang.

“Tetapi, dalam pasukan yang mempunyai 11 pemain, secara minimum kamu perlu mempunyai enam ke tujuh pemain untuk beraksi dengan baik dan mahu bermain, yang bertanggun­gjawab untuk mendapatka­n bola, dan memiliki keinginan untuk bermain.

“Tanpanya sukar untuk mendapatka­n persembaha­n yang bagus. Jadi, saya tidak begitu gembira dengan persembaha­n secara keseluruha­n. Tetapi, saya gembira dengan keputusan.”

Luke Shaw antara pemain yang dipetik Mourinho apabila pertahanan England itu gagal menepati pelan taktikalny­a dan dikeluarka­n pada babak pertama.

Mourinho sebelum perlawanan memberi bayangan beberapa bintangnya beraksi di bawah tahap sebenar dan ironinya, Paul Pogba dan Alexis Sanchez tidak disenaraik­an dalam kesebelasa­n utama sekalipun Piala FA menjadi satu-satunya sasaran realistik untuk dijulang. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia