Harian Metro

Macam menang

- Reuters

 SPAL aibkan Juventus, seri tanpa jaringan di laman sendiri

Deretan 12 kemenangan berturut-turut Juventus dalam kancah Serie A ditamatkan SPAL, awal pagi semalam apabila penyandang juara Itali itu diikat 0-0 oleh lawan yang memulakan perlawanan di zon penyingkir­an.

Ini kali pertama sejak 9 Disember lalu di mana gergasi Turin itu gagal memenangi perlawanan dalam kancah elit liga Itali itu sekali gus memberi nafas baru dalam pemburuan kejuaraan Scudetto.

Sekalipun Juventus masih memiliki kelebihan lima mata di puncak liga, pasukan tangga kedua Napoli boleh merapatkan jurang apabila mereka menanti kunjungan Genoa, semalam untuk berpeluang mencantas kelebihan itu kepada dua mata.

Napoli juga dijadual bertemu Juventus pada pertengaha­n bulan depan.

Juventus yang melengkapk­an 10 perlawanan tanpa melepaskan sebarang gol mendominas­i perlawanan tetapi mereka gagal untuk mencari jalan merobek gawang SPAL yang memiliki benteng kukuh.

“Saya tidak marah atau kecewa, kami menentang pasukan SPAL yang bertarung dengan kuat dan percaya dengan diri mereka sendiri,” kata jurulatih Juventus, Massimilia­no Allegri.

“Mereka amat agresif dan mereka melakukan begitu banyak kekasaran, tetapi ia bukannya alasan.

“Perlawanan seperti ini sepatutnya menjadi pengajaran apabila kami bermain menentang Benevento dan Crotone yang turut bergelut untuk selamat dan mereka akan menyukarka­n semua perkara.”

Pemain SPAL, Filippo Costa bermain dengan baik untuk menampan cubaan Alex Sandro berpunca hantaran Douglas Costa dan sepakan percuma Paulo Dybala sebelum babak pertama berakhir, tersasar.

Mario Mandzukic mendapat peluang terbaik pada babak kedua apabila menerima hantaran Costa tetapi tandukanny­a juga melepasi palang gol.

SPAL yang kembali ke kancah Serie A selepas 49 tahun melangkah satu mata di atas zon penyingkir­an dengan stadium mereka yang memiliki kapasiti 13,000 tempat duduk meraikan keputusan itu seperti kemenangan.

Kapten mereka, Mirco Antenucci berkata keputusan itu “sesuatu untuk dibanggaka­n, cukup memuaskan hati.”

 ??  ?? PEMAIN SPAL meraikan kejayaan selepas meleburkan rekod 12 kemenangan berturut-turut Juventus dalam saingan di Ferrara, kelmarin.
PEMAIN SPAL meraikan kejayaan selepas meleburkan rekod 12 kemenangan berturut-turut Juventus dalam saingan di Ferrara, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia