Harian Metro

Rodrigo, Zaza lonjak Valencia ke tangga ke-3

-

Madrid: Rodrigo dan Simone Zaza mencetak nama selaku penjaring ketika Valencia menewaskan Alaves 3-1, awal pagi semalam untuk membawa kelab itu ke tangga ketiga La Liga di atas Real Madrid.

Menerusi gandingann­ya bersama pemain kelahiran Itali, Zaza, Rodrigo membuka tirai jaringan untuk Valencia pada minit ke-19 di Stadium Mestalla yang juga gol keempatnya dalam tiga perlawanan.

Zaza kemudian menggandak­an kelebihan selepas setengah jam perlawanan berlangsun­g sekali gus gol ke-12 untuknya musim ini tetapi Ruben Sobrino mengurangk­an defisit pada awal babak kedua.

Bagaimanap­un, gol sendiri daripada pertahanan tengah, Victor Laguardia pada minit ke-54 mengesahka­n kemenangan keenam daripada tujuh perlawanan terakhir Valencia dalam liga sekali gus memiliki kelebihan dua mata di atas Real yang dijadual menentang Girona, awal pagi esok.

“Pasukan bermain dengan baik, separuh masa pertama yang menakjubka­n. Kemudian gol pada babak kedua (Alaves) mencemaska­n kami tetapi kami bangkit dengan pantas menerusi gol ketiga,” kata pengurus Valencia, Marcelino Garcia.

Sementara itu, Real Betis menghampir­i tiket ke Liga Europa selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Espanyol, manakala Getafe ketinggala­n satu kedudukan di belakang selepas merakam kemenangan 2-1 di Real Sociedad.

Dua kelab yang berada di zon penyingkir­an, Deportivo La Coruna dan Las Palmas tidak mengubah situasi mereka susulan keputusan seri 1-1 yang dicatat. - AFP

 ??  ?? RODRIGO (tengaah) diasak pertahanan Alaves dalam saingan di Stadium Mestalla, kelmarin.
RODRIGO (tengaah) diasak pertahanan Alaves dalam saingan di Stadium Mestalla, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia