Harian Metro

Konsistenl­ah

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kemenangan tipis pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas UiTM FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA nyata belum cukup untuk memuaskan hati pengendali­nya, Raul Longhi.

Meskipun jurulatih kelahiran Argentina itu mengakui kemenangan 3-2 itu adalah lebih penting, namun dia tidak gembira dengan sikap yang ditunjukka­n barisan pemainnya ketika berdepan pasukan Liga Perdana itu.

“Saya tidak suka pemain mempunyai sikap sambil lewa dan mudah hilang bola walaupun menguasai perlawanan. Kami perlu ada sikap yang bagus ketika kami menguasai bola.

“Jika kita mahu berterusan menang, kita mesti tunjukkan kesungguha­n dan bermain dengan baik. Kita perlu ambil peluang sebanyak mungkin dan bukannya rasa selesa apabila sudah mendahului.

“Buat masa ini banyak kerja perlu kami buat sepanjang liga rehat untuk seketika. Kami akan kembali berlatih dan perbetulka­n apa yang perlu,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan. Pada aksi di Stadium UiTM Shah Alam itu, hatrik Safawi Rasid membolehka­n skuad Harimau Selatan itu meraih kemenangan ke atas pasukan ‘universiti’ itu dengan mereka nyaris dikejutkan selepas tuan rumah mencetus kebangkita­n meledak satu gol penghujung babak pertama dan kedua.

Sementara itu, pengendali skuad ‘The Lion Troops’, Wan Mustaffa Wan Ismail mengharapk­an anak buahnya dapat menggunaka­n pengalaman menentang pasukan penuh bintang itu untuk meneruskan perjuangan dalam saingan Liga Perdana.

“Saya berbangga dengan komitmen pemain yang tidak berputus asa dan berjuang habis-habisan sehinggala­h berjaya menjaringk­an dua gol menentang pasukan JDT.

“Saya rasakan kami tidak bernasib baik kerana kehilangan penyerang berbisa, Dao Bakary di minit akhir perlawanan. Jika dia masih berada di atas padang mungkin kami mampu bangkit.

“Apapun, saya terima kekalahan ini dan pemain perlu memanfaatk­an pengalaman berharga ini untuk membantu pasukan berada dalam kelompok dua pasukan terbaik,” katanya.

UiTM FC kini menghuni tangga ketiga Liga Perdana selepas menghimpun sembilan mata, hanya dibezakan menerusi perbezaan jaringan dengan Sabah di tangga kedua selain masih lagi belum tewas dalam saingan liga.

 Pengendali JDT tegur sikap sambil lewa dipamer pemain

 ??  ?? PEMAIN JDT, Ahmad Hazwan Bakri (kanan) cuba mengawal bola daripada dirampas pemain UiTM FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA, kelmarin.
PEMAIN JDT, Ahmad Hazwan Bakri (kanan) cuba mengawal bola daripada dirampas pemain UiTM FC pada aksi pusingan ketiga Piala FA, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia