Harian Metro

Dollah puas balas dendam

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com

Kuantan: Pengendali Pahang, Dollah Salleh memuji disiplin tinggi ditunjukka­n pemainnya selepas menewaskan juara bertahan, Kedah pada pusingan ketiga Piala FA, kelmarin.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata, kejayaan skuad Tok Gajah layak ke suku akhir begitu bermakna sekali gus mencerahka­n peluang untuk menjulang trofi berprestij itu.

Malah, katanya, kemenangan itu juga menebus kembali kekecewaan apabila tewas kepada skuad Helang Merah 2-3 pada aksi final musim lalu.

“Sudah pasti kemenangan ini menambah lagi keyakinan pasukan untuk menjulang kejuaraan musim ini kerana Piala FA antara piala yang diidamkan.

“Kami akan pastikan misi bergelar juara menjadi kenyataan,” katanya sejurus tamat perlawanan kelmarin.

Dalam perlawanan tumpuan itu, jaringan pemain import Gambia, Mohamadou Sumareh pada hujung babak pertama memisahkan kedua-dua pasukan.

Mengulas kemenangan tipis 1-0 itu, Dollah mengakui ketiadaan Forkey Doe yang terpaksa dikeluarka­n seawal minit ke-10 memberi kesan terhadap percaturan pasukan.

Katanya, segalanya serba tidak menjadi dan skuadnya bermain di bawah keupayaan sebenar hingga lawan dilihat lebih mendominas­i perlawanan.

“Bagaimanap­un, saya beri kepujian kepada semua pemain kerana mereka dapat kekalkan disiplin dan menjalanka­n tanggungja­wab masing-masing.

“Ketika kedudukan 1-0, saya akui tidak senang duduk kerana Patrick Cruz dan Sumareh juga mengalami kecederaan tapi masih mampu beraksi.

“Malah saya juga terpaksa berhati-hati untuk membuat pertukaran pemain kerana bimbang ia memberi kesan terhadap corak permainan,” katanya yang berharap kecederaan Forkey Doe tidak serius. Melaka: Jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Maciel menghela nafas lega dengan kejayaan pasukan bimbingann­ya mara ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Melaka United (MU) 3-1 dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Hang Jebat, kelmarin.

Beliau berkata, beraksi dengan 10 pemain pada pertengaha­n babak kedua adalah sukar, namun disiplin tinggi ketika bertahan terutama menutup ruang membolehka­n kedudukan terikat 1-1 sebelum perlawanan diheret ke masa tambahan dan sepakan penalti.

“Pemain tidak panik walaupun kami kurang seorang pemain. Ini membuktika­n mereka mempunyai kekuatan mental dan bijak mengatasi tekanan terutama ketika diasak hebat lawan.

“Jadi, saya harus tabik dan puji pemain di atas kejayaan mara ke kelompok lapan terbaik trofi berprestij ini,” katanya sejurus tamat perlawanan. Sementara itu, jurulatih MU, Eduardo Almeida enggan menyalahka­n pemainnya apabila gagal mengambil kesempatan selepas lawan beraksi dengan kekurangan seorang pemain.

“Sebenarnya, pemain beraksi baik dan menguasai permainan namun tiada penyudah sekali gus perlawanan terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti,” katanya yang turut mengucapka­n terima kasih kepada penyokong yang tidak jemu memberi semangat.

 ??  ?? PEMAIN Kedah, Alvaro Linares Silva (kiri) diasak pemain Pahang dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA, kelmarin.
PEMAIN Kedah, Alvaro Linares Silva (kiri) diasak pemain Pahang dalam perlawanan pusingan ketiga Piala FA, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia