Harian Metro

‘Bola sepak negara perlukan TMJ’

- Aziman Rosdi aziman@nstp.com.my

 Kongres Tahunan FMLLP peluang terbaik ‘pujuk’ Tunku Ismail

Kongres Tahunan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru, pada 25 Mac ini dijangka menjadi penentu kedudukan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bayangan itu disuarakan Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi yang melihat pertemuan Exco badan induk itu dan wakil setiap pasukan pada kongres berkenaan sebagai peluang terakhir untuk meyakinkan Tunku Ismail terus kekal.

“Selepas Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail menyatakan hasrat melepaskan jawatan sebagai Presiden FAM, sehingga kini masih tiada pertemuan untuk kami membincang­kan perkara ini bersama beliau.

“Jadi, saya fikir, pertemuan pada Kongres FMLLP itu nanti adalah peluang terbaik untuk terus meyakinkan TMJ supaya kekal memimpin FAM.

“Pada kongres itu juga, pemilihan pengerusi baru FMLLP bakal diadakan. Saya percaya semua perwakilan akan menyatakan sokongan kepada TMJ untuk terus menerajui FMLLP dan FAM.

“Biarpun cadangan pemilihan pengerusi baru FMLLP adalah untuk mengasingk­an antara FMLLP dengan FAM, tapi buat masa ini, saya fikir tiada calon lain yang boleh menggantik­an TMJ untuk dua kerusi itu.

“Inisiatif TMJ dalam meyakinkan penaja bagi membolehka­n setiap pasukan mendapat tambahan geran tahunan tahun ini antara salah satu faktor kenapa beliau perlu kekal, kerana jika bertukar teraju, dikhuatiri penaja tidak yakin,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Arena bola sepak tanah air dikejutkan dengan pengumuman Tunku Ismail yang menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan Presiden FAM yang disandangn­ya tidak sampai setahun.

Hasrat itu didorong atas prestasi buruk skuad Harimau Malaya yang menyaksika­n ranking negara menjunam ke tangga 178 dunia.

Bagaimanap­un, hasrat itu tidak dipersetuj­ui ramai pihak khususnya Exco FAM yang masih mengharapk­an kepepimpin­an Tunku Ismail untuk melakukan perubahan dalam bola sepak tanah air.

Yusoff berkata, buat masa ini, Tunku Ismail masih lagi Presiden FAM yang sah dan Exco FAM mempunyai hak andai presiden mereka itu membuat permohonan rasmi untuk meletakkan jawatan.

“Sehingga kini masih belum ada surat rasmi daripada TMJ untuk meletakkan jawatan dan saya percaya jika TMJ berbuat demikian, Exco FAM pasti tidak bersetuju.

“Kami juga boleh menolak peletakan jawatan itu kerana bukan FAM sebaliknya bola sepak Malaysia masih memerlukan khidmat TMJ,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia