Harian Metro

‘Yuran pendaftara­n tinggi bukan alasan’

-

Kuala Lumpur: Ejen pemain, Michael Omujuwa menganggap isu bayaran yuran pendaftara­n tinggi oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bukan satu alasan kepada mana-mana ejen (perantara) untuk mendapatka­n lesen sah dengan badan induk itu.

Beliau yang berasal dari Nigeria dan menjadi satu-satunya ejen asing mendaftar dengan FAM sejak Sistem Perantara diperkenal­kan di negara ini pada 7 Mac tahun lalu berkata, semua ejen perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan.

“Saya tidak ada masalah dalam proses pendaftara­n kerana ia boleh dilakukan menerusi dalam talian. Saya mengikut semua peraturan yang ditetapkan oleh FAM kerana saya sudah menjadi ejen di sini sejak 2015.

“Kalau diikutkan memang yuran pendaftara­n oleh FAM tinggi berbanding negara lain, tapi saya percaya ejen pemain khususnya ejen asing boleh mendapatka­n keuntungan dengan hanya membawa masuk seorang pemain saja,” katanya.

SUKAN NSTP sebelum ini melaporkan mengenai lambakan ejen haram yang tidak berdaftar dengan FAM meskipun mengikut rekod, 108 pemain import dan 612 tempatan beraksi bersama pasukan Liga Super dan Liga Perdana musim ini.

FAM mendedahka­n hanya empat ejen mendaftar dengan tiga ejen tempatan dan seorang ejen asing.

Bagaimanap­un, ada ejen asing yang menganggap bayaran yuran tahunan sebanyak RM47,700 yang dikenakan oleh FAM kepada mereka terlalu tinggi, manakala ejen tempatan hanya RM10,600.

Omujuwa yang membawa masuk empat pemain import dan seorang jurulatih untuk beberapa pasukan Liga Super musim ini percaya, pendaftara­n dengan FAM akan memudahkan urusan perpindaha­n pemain selain sebagai langkah waspada jika berlakunya masalah kontrak pemain dengan pasukan.

“Saya hanya mendaftar di FAM kerana di Nigeria saya dikecualik­an daripada mendaftar kerana memiliki akademi bola sepak membabitka­n 40 pemain. Saya tak boleh dedahkan berapa ejen akan dibayar kerana ia bergantung kepada rundingan bersama pasukan dan pemain.

“Sebagai ejen yang bekerja di sini, saya perlu patuh kepada peraturan dan menjaga kepentinga­n pemain. Saya yakin andai berlaku sebarang masalah, FAM boleh bantu dan saya tak perlu takut kerana saya sudah mendaftar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia