Harian Metro

Rivaldo perkasa kem latihan skuad B-21 negara

-

Petaling Jaya: Pemain bola sepak, Rivaldo berasa bangga dan bersyukur apabila dipanggil menyertai kem latihan negara buat kali pertama.

Rivaldo yang dimaksudka­n itu bukan bintang Brazil, Rivaldo Vitor Borba Ferreira, tetapi pemain pertahanan skuad bawah - 21 tahun (B-21) negara, Rivaldo Adrill Wilson Rentap.

Pemain berusia 20 tahun berasal dari Saratok, Sarawak yang dipanggil buat kali pertama ke kem latihan pusat skuad B-21, mahu menggunaka­n peluang itu untuk menunjukka­n prestasi terbaiknya supaya dapat meneruskan karier bola sepaknya sehingga ke skuad senior negara, iaitu skuad Harimau Malaya.

“Ini adalah kali pertama saya dipanggil menyertai latihan di peringkat kebangsaan. Kejohanan besar bagi saya ialah Piala Belia pada tahun ini, sebelum beraksi di Piala Presiden musim ini.

“Saya perlu bekerja keras untuk terus mewakili negara di peringkat senior,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, di sini, semalam.

Apabila ditanya mengenai keistimewa­an namanya yang sama dengan legenda bola sepak Brazil itu, anak sulung dari tiga adik-beradik itu berkata, nama berkenaan diberikan oleh ibu bapanya sempena nama pemain Brazil itu yang beraksi pada Piala Dunia 1998 di Perancis.

“Bagi saya nama ini telah menjadi biasa kerana ia memang dah jadi nama saya sejak kecil.

“Bagaimanap­un, ia ada memberikan saya motivasi untuk mencipta nama seperti Rivaldo di arena bola sepak antarabang­sa satu hari nanti. Saya belum mendapat peluang untuk bertemu dia, tetapi ada mengikutin­ya di media sosial,” katanya. - BERNAMA

 ??  ?? YUSOFF (kanan) harap Tunku Ismail kekal teraju FAM.
YUSOFF (kanan) harap Tunku Ismail kekal teraju FAM.
 ??  ?? RIVALDO (kanan) mengawal bola pada hari pertama sesi latihan di padang Wisma FAM, semalam.
RIVALDO (kanan) mengawal bola pada hari pertama sesi latihan di padang Wisma FAM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia