Harian Metro

Nazliazmi sedia ‘naik pangkat’ jika diberi kepercayaa­n

- Malik Muhamad sukhairi@nstp.com.my

Terengganu: Pemangku ketua jurulatih Selangor, Muhammad Nazliazmi Mohamad Nasir

menyatakan kesediaan untuk ‘naik pangkat’ jika Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) memberi kepercayaa­n kepadanya untuk membimbing skuad The Red Giants.

(gambar)

Bagaimanap­un, bekas jurulatih Piala Presiden Selangor musim lalu itu tidak mahu bangga diri, sebaliknya mengakui masih banyak yang perlu dipelajari jika mahu melangkah lebih jauh dan menduduki ‘kerusi panas’ itu dalam masa terdekat.

Nazliazmi juga menegaskan tidak terlintas di fikirannya untuk menjawat jawatan itu dalam masa terdekat memandangk­an masih ramai lagi jurulatih berpengala­man yang mampu menggalas tugas berat membimbing pasukan yang penuh dengan sejarah dan rekod cemerlang itu.

“Saya masih baru dalam bidang kejurulati­han ini dan masih banyak yang perlu saya pelajari. Tapi jika diberi kepercayaa­n dan peluang oleh pihak pengurusan untuk mengetuai pasukan Selangor, saya akan fikirkan tawaran itu serta akan berusaha melakukan yang terbaik buat pasukan,” katanya.

Nazliazmi yang juga bekas pemain PKNS FC dan PROTON FC mula menjadi sebutan selepas beliau yang memangku tugas P Maniam yang ‘direhatkan’ serta berjaya membawa pasukannya layak ke suku akhir Piala FA dengan menewaskan Terengganu FC 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Jumaat lalu.

Mengulas lanjut, Nazliazmi berharap pasukannya mampu melangkah lebih jauh lagi dalam saingan Piala FA musim ini biarpun sebelum ini ramai pemerhati bola sepak meragui kemampuan pasukannya.

“Tidak kira siapapun yang akan membimbing Selangor selepas ini, saya harap pasukan mampu mara ke final dan seterusnya mengintai peluang muncul juara trofi itu,” kata Nazliazmi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia