Harian Metro

Ikat jurulatih Syria bagi pulih semula Kelantan

- Attirmidzi­e Rahman sukanteam@nstp.com.my

Kota Bharu: Selepas gagal menempah slot ke suku akhir Piala FA kelmarin, Kelantan terus melakukan tindakan pantas dengan mengikat bekas jurulatih kebangsaan Syria, Fajer Ibrahim sebagai Pengarah Teknikal berkuat kuasa serta merta.

Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, jurulatih kelahiran Damascus yang akan memulakan tugas semalam diharap dapat membantu dalam merencana strategi yang lebih ampuh untuk mengembali­kan semula kekuatan The Red Warriors (TRW).

“Saya tidak menolak kemungkina­n beliau juga boleh mengambil tugas sebagai ketua jurulatih pasukan,” kata Bibi Ramjani ketika dihubungi.

“Namun, apa yang diharapkan daripada keputusan ini, ia akan dapat memenuhi syarat yang sepatutnya untuk membentuk sesebuah pasukan dan mampu menjadi lonjakan perubahan dalam TRW.”

Fajer sebelum ini antara tiga calon ketua jurulatih baru TRW selepas KAFA memecat pengendali kelahiran Thailand, Sathit Bensoh pada 15 Februari lalu.

Untuk rekod, Fajer memulakan karier sebagai jurulatih pada tahun 2006 dengan pasukan kebangsaan Syria selama empat tahun serta pernah mengemudi kelab dari negara itu, Al-Shorta dan dua kelab Iraq, Al-Minna dan Duhok.

Ditanya mengenai kekalahan 1-4 pasukan kepada PKNS FC pada pusingan ketiga Piala FA malam kelmarin, Bibi Ramjani enggan menyalahka­n pemain dan pengendali sementara, Yusri Che Lah.

 ??  ?? BIBI Ramjani (kiri) menandatan­gani kontrak lantikan Fajer Ibrahim sebagai Pengarah Teknikal TRW bagi mengharung­i saingan Liga Super, musim ini.
BIBI Ramjani (kiri) menandatan­gani kontrak lantikan Fajer Ibrahim sebagai Pengarah Teknikal TRW bagi mengharung­i saingan Liga Super, musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia