Harian Metro

Terpinga-pinga kena serbu Lapan dicekup leka berjudi dalam talian

- Junaidi Ladjana junaidi_ladjana@nstp.com.my

Seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang nyenyak tidur di empat lokasi di sekitar bandar raya, di sini, terpinga-pinga apabila rumah kongsi mereka diserbu polis, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan selama tujuh jam bermula jam 1 pagi itu, semua PATI membabitka­n 21 lelaki dan enam wanita berusia 18 hingga 51 tahun itu gagal melarikan diri, sekali gus membawa kepada penahanan mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, Op Cegah Jenayah Bersepadu itu membabitka­n tiga pegawai dan 62 anggota polis yang dilakukan di empat lokasi di sekitar bandar raya ini.

“Antara lokasi serbuan ialah rumah kongsi di Pacific City, Likas; Pasar Besar dan Pasar Buah Kota Kinabalu; rumah setinggan berhampira­n TLDM, Sepanggar serta rumah kongsi di KKIP Selatan, Manggatal.

“Polis memeriksa 56 individu dan hasil pemeriksaa­n, polis menahan 27 PATI membabitka­n 21 warga Filipina dan selebihnya warga Indonesia,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Chandra berkata, polis turut menahan seorang lelaki kerana positif dadah jenis syabu.

“Semua PATI ditahan didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Katanya, tumpuan lokasi operasi dijalankan adalah di lokasi yang kerap berlaku kegiatan jenayah di sekitar bandar raya ini. Kota Kinabalu: Taktik licik sebuah premis perjudian dalam talian yang menjadikan apartmen sebagai lokasi perjudian terbongkar apabila diserbu sepasukan anggota dan pegawai dalam serbuan di sebuah apartment, Jalan Sulaman, Manggatal, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan jam 10.50 malam, lapan individu termasuk empat wanita ditahan polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis membuat serbuan ke atas sebuah apartmen kerana disyaki menjalanka­n perjudian dalam talian.

“Hasil serbuan itu menahan empat lelaki dan empat wanita yang leka bermain judi dalam talian di apartmen berkenaan.

“Polis turut merampas peralatan lapan komputer yang digunakan untuk perjudian dan wang tunai berjumlah RM785,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Chandra berkata, tangkapan membabitka­n warga tempatan dan warga Indonesia yang berusia 17 hingga 57 tahun.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Katanya, operasi turut disertai pegawai dan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

 27 PATI ditahan di empat lokasi, seorang positif syabu

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis menahan PATI dalam Op Cegah Jenayah Bersepadu di empat lokasi sekitar Kota Kinabalu.
ANGGOTA polis menahan PATI dalam Op Cegah Jenayah Bersepadu di empat lokasi sekitar Kota Kinabalu.
 ?? M Chandra ?? Antara lokasi serbuan ialah rumah kongsi di Pacific City, Likas; Pasar Besar dan Pasar Buah Kota Kinabalu; rumah setinggan berhampira­n TLDM, Sepanggar serta rumah kongsi di KKIP Selatan, Manggatal”
M Chandra Antara lokasi serbuan ialah rumah kongsi di Pacific City, Likas; Pasar Besar dan Pasar Buah Kota Kinabalu; rumah setinggan berhampira­n TLDM, Sepanggar serta rumah kongsi di KKIP Selatan, Manggatal”
 ??  ??
 ??  ?? PERALATAN yang dirampas dalam serbuan di sebuah apartmen di Jalan Sulaman, Menggatal.
PERALATAN yang dirampas dalam serbuan di sebuah apartmen di Jalan Sulaman, Menggatal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia