Harian Metro

Jambatan baru

-

 Hubungan jaringan perkampung­an Melayu di Kuching

semula Jambatan Sungai Bitanggor di sini, dengan pembinaan dijangka bermula tahun depan dan siap sepenuhnya pada 2021.

“Pembinaan jambatan berkenaan dipecahkan kepada dua iaitu satu laluan menuju Masjid Kuching ke Kampung Bintangor dan satu lagi dari Kampung Bintangor ke kawasan pusat bandar raya.

“Jambatan terbabit juga akan dibina lebih tinggi bagi membolehka­n dilalui bot dan di tengahnya ada monumen ikonik berbentuk jam elektronik bagi menambah daya tarikan pelancong,” katanya selepas mengadakan di Kampung Bitanggor termasuk merasmikan Jambatan Muara Tebingan Sungai Bintangor di sini, semalam.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi berkata, kerajaan negeri akan terus melabur dalam kawasan perkampung­an Melayu di Kuching demi memastikan kawasan terbabit dibangunka­n sebagai daerah perniagaan baru.

“Saya mempunyai komitmen tinggi mahu menaik taraf perkampung­an berkenaan kerana ia berada dalam jajaran laluan LRT pada masa depan,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri memberi jaminan projek pembinaan dari persimpang­an Masjid Kuching dan Hotel Arif hingga ke Jalan Haji Mataim tidak akan menjejaska­n tanah milik penduduk setempat.

“Kampung Bintangor adalah satu permulaan untuk kita membangunk­an prasarana menghubung­kan pembanguna­n di Tebingan Kuching dari masjid terapung (Masjid India) iaitu masjid baru yang kita bina di Esplanade dan akan terus ke

yang kini dalam proses kelulusan tender untuk dinaik taraf,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia