Harian Metro

Seni bela diri landasan bina karakter

-

Sandakan: Seni bela diri boleh dijadikan asas kepada usaha membangunk­an modal insan dan memacu pembanguna­n negara khususnya di Sabah seperti dihasratka­n kerajaan.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, seni bela diri boleh dijadikan landasan kepada pembinaan karakter individu seperti masyarakat Jepun yang terkenal dengan disiplin hidup hasil prinsip Samurai, selain mencontohi ideologi yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian mereka.

Justeru beliau berkata, belia di negeri ini wajar mengambil peluang menyertai seni bela diri sebagai aktiviti bermanfaat.

“Apa saja gerak tangkas yang cuba ditonjolka­n dalam aliran bela diri, ia bermatlama­t membentuk pemikiran dan personalit­i mulia, berdisipli­n dan berjiwa murni.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi kerjasama dan mengalu-alukan aktiviti seumpama ini kerana ia bukan saja bermanfaat, malah membantu memartabat­kannya sebagai sukan ke tahap sepatutnya,” katanya ketika merasmikan Festival Seni Bela Diri Peringkat Negeri Sabah di Padang Bandaran, di sini, semalam.

Turut hadir, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Masiung Banah, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan Datuk Ir James Wong dan Yang Dipertua Persekutua­n Silat Kebangsaan Negeri Sabah Datuk Illyas Ibrahim.

Pada majlis itu, Musa menyampaik­an Anugerah Tokoh Seni Bela Diri yang banyak berjasa dalam pembanguna­n sukan berkenaan di negeri.

Antara penerima anugerah itu ialah Masiung, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah Terence Pudin dan Setiausaha Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah Datuk Awang Damit Awang Anak.

Musa turut menyampaik­an Dana Khas Skim Keusahawan­an Belia Sabah dan Skim Kecemerlan­gan Belia Dalam Sukan Sabah kepada 500 penerima.

Penyaluran dana itu bertujuan membantu belia di negeri ini dalam bidang perniagaan mendapatka­n geran khas mengikut acuan dan kehendak keperluan belia tempatan.

 ??  ?? MUSA (dua dari kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Seni Bela Diri kepada Masiung.
MUSA (dua dari kiri) menyampaik­an Anugerah Tokoh Seni Bela Diri kepada Masiung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia